Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.ni] | کراني

Definisi : pekerja di pejabat yg membuat kerja­kerja rencam (spt pengurusan surat, fail, rekod, dokumen, dsb); ~ bank kerani yg bekerja di bank; ~ besar kerani kanan yg mengepalai sekumpulan kerani di pejabat dsb; ~ cabuk bp panggilan bagi seseorang kerani tingkatan biasa, terutamanya yg telah lama berkhidmat, biasanya digunakan utk merendah diri atau menghina seseorang; ~ fail kerani yg menyelenggarakan atau mengurus fail pejabat; ~ pos kerani yg bekerja di pejabat pos; ~ sementara kerani yg perkhidmatannya boleh ditamatkan pd bila-bila masa; perkeranian yg berkaitan (berhubungan) dgn kerani atau tugas dan tanggungjawab kerani: drpd jumlah itu, golongan pekerja ~ dan teknik merupakan jumlah penyertaan yg terbanyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.ni] | کراني

Definisi : pekerja di pejabat yg menyimpan rekod, akaun dll; jurutulis. perkeranian segala urusan yg berkaitan dgn tugas kerani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerani

Puisi
 

Sayang kenyalang berbonet bata,
     Baba Siong menjadi kerani;
Alang-alang bertikam mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kerani wakili KL ke deklamasi puisiTiadaBerita Harian09.08.1998
Kerani SasterawanS. KadirBerita Harian31.08.1961
Kerani Pos Malaysia martabatkan penggunaan bahasa penyatuan rakyatAkhbar:  Berita Harian08.01.2001
Pegawai Kerani Kanan atau Pegawai Kanan KeraniBadrul Hisham AzizUtusan Malaysia27.05.1994
Menjadi kerani mencatat harga jualan ikanTiadaMingguan Malaysia17.03.1996
Ramai tidak layak jadi keraniNoraini IsmailBerita Harian28.08.1990

Kembali ke atas