Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ran.ji] | کرنجي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), belangkan, kangkatung, katung(-katung), mengketai, Cynoptera polyandra; 2. sj tumbuhan (pokok), gambir-gambir, kenar, merlimau, Aglaia odoratissima; 3. = ~ burung (lotong, sakhlat, tembaga) sj tumbuhan (pokok), sepan kuran, Dialium platysepalum; ~ burung a) = ~ umbut sj tumbuhan (pokok), Dialium maingayi; b) = ~ beledu sj tumbuhan (pokok), Dialium patens; ~ papan sj tumbuhan (pokok), Dialium laurinum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ran.ji] | کرنجي

Definisi : nama sj pokok atau buahnya, Cynoptera polyandra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keranji

Puisi
 

Keranji buah berangan,
     Berangan tidak berbunga tinggi;
Berjanji berjabat tangan,
     Kufikir tidak berubah hati.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

PantunSumberTema
Bukan keranji sebarang keranji, Keranji dari Teluk Meranti; Bukan janji sebarang janji, Janjidiikat sehidup semati;Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Keranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kufikir tidak berubah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanam keranji di tengah halaman, Keranji manis rumah Pak Ali; Sudah berjanji berpegangan tangan, Janji tidak berubah lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah keranji buah delima, Mari letak atas meja; Sirih pinang sudah kuterima, Tanda jadi kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayang keranji di tengah halaman, Disangka tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Diharap tidak berubah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah keranji kulitnya hitam, Masak sebiji atas peti; Sirih pinang telah dikirim, Sebab boleh kehendak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah keranji di tengah laman, Mangga tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegangan tangan, Kusangka tidak berubah lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah keranji buah berangan, Berangan tidak berbunga tinggi; Berjanji berjabat tangan, Kusangka tidak berubah lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau memanjat pokok keranji, Buah kelapa jatuh bertandan; Kalau teringat kepada janji, Sapa-sapalah kami di jalan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan saya menutuh keranji, Sebiar rempek tumbang jangan; Betullah betul mencari ganti, Sebiar lebih kurang jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas