Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ran.ji] | کرنجي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), belangkan, kangkatung, katung(-katung), mengketai, Cynoptera polyandra; 2. sj tumbuhan (pokok), gambir-gambir, kenar, merlimau, Aglaia odoratissima; 3. = ~ burung (lotong, sakhlat, tembaga) sj tumbuhan (pokok), sepan kuran, Dialium platysepalum; ~ burung a) = ~ umbut sj tumbuhan (pokok), Dialium maingayi; b) = ~ beledu sj tumbuhan (pokok), Dialium patens; ~ papan sj tumbuhan (pokok), Dialium laurinum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ran.ji] | کرنجي

Definisi : nama sj pokok atau buahnya, Cynoptera polyandra. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keranji

Puisi
 

Keranji buah berangan,
     Berangan tidak berbunga tinggi;
Berjanji berjabat tangan,
     Kufikir tidak berubah hati.


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
keranjikeranjiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Dialium spp. daripada famili Leguminosea. Terdapat lebih kurang lapan spesies utama termasuk Dialium kingii, D. havilandii, dan D. maingayi. Gubal kayu keranji berwarna putih kekuningan dan menjadi coklat muda apabila terdedah, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 755 hingga 1250 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu ini sangat kuat, sukar dikerjakan, lambat mengering dan boleh diserang serangga dan kulat pada bahagian gubal kayunya. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi dan sukar diawet, terutamanya pada bahagian teras kayunya. Kayu keranji sesuai untuk kerja binaan berat, kemasan dalaman, papan panel, lantai parket, lantai tahan lasak, dan tiang eletrik.
minor forest productskeluaran minor hutanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSemua keluaran hutan selain daripada keluaran utama termasuk buah-buahan hutan, seperti keranji, dabai dan tampoi; daun seperti daun mengkuang dan palas; eksudat seperti damar dan lateks; kulit kayu bakau dan hasil daripada haiwan, seperti madu lebah dan embalau.
LeguminosaeLeguminosaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan berkayu yang terpenting di Malaysia selepas famili Dipterocarpaceae. Antara spesies kayu dagangan termasuk kekatung, keranji, merbau, kempas, kungkur, dan sepetir.
sagasagaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Adenanthera spp. dan Ormosia spp. daripada famili Leguminosae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah keranji lotong. Spesies utamanya ialah Adenanthera pavonina dan Ormosia bancana. Gubal kayu Adenanthera spp. berwarna kuning jerami, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan, sementara gubal kayu Ormosia spp. berwarna kuning coklat muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna kelabu coklat atau coklat. Tekstur kayunya agak kasar dan tidak sekata kerana terdapat banyak parenkima. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 815 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu saga sesuai untuk perabot dan lantai.

Kembali ke atas