Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kerap (adjektif)
1. Bersinonim dengan acp kali: berkali-kali, selalu, sering,
Berantonim dengan kadang-kadang

2. Bersinonim dengan rapat: rapi, tidak jarang, ketat,
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : mengerapi, mengerapkan, kekerapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat i atau ii yang betul. i Saya berada lebih kerap di atas katil kerana sakit lutut. ii Saya lebih kerap berada di atas katil kerana sakit lutut.Semua pilihan jawapan tersebut betul.Lain-lain27.04.2022
1. Kajian lepas menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" oleh penyelidik lalu. Item dan skala pengukuran bagi instrumen yang digunakan telah disahkan oleh pakar penilai dalam pembinaan item dan pengukuran. Antara kajian lepas yang menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" ialah: i. Garis panduan pembangunan media pengajaran berkonsepkanpenceriataan digital untuk tablet skin sentuh. Tesis UUM. ii. Kebolehpercayaan dan korelasi elemen multimedia dan antara muka tablet dalam menilai penceriataan digital. Artikel berindeks. Pengkaji diminta oleh pemeriksa tesis untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk dimuatkan didalam tesis. 2. Mohon penerangan mengenai perbezaan antara: i. Jarang dengan sekali sekala ii. Sering dengan kerap Terima kasih.Penggunaan frasa yang betul ialah "sangat tidak setuju" atau "amat tidak setuju". 

 Perbezaan antara "jarang" dan "sekali-sekala" atau “sering” dengan “kerap”.  Menurut  Kamus Dewan Perdana makna perkataan "jarang" ialah tidak kerap atau tidak rapat kedudukannya antara satu sama lain, manakala “sekali-sekala” ialah ada masa atau ketika atau hanya sesekali sahaja. Perkataan “sering” dengan “kerap” juga tiada banyak perbezaannya. "Sering" ialah secara kerap atau selalu, manakala "kerap" pula bermaksud rapat sehingga tidak kelihatan sela antara satu sama lain atau rapat susunannya antara sama lain
Lain-lain06.01.2023
I Pasukan Rumah Merah bertegang urat untuk mengalahkan pasukan Rumah Hijau dalam perlawanan itu. II Putus asa hatinya apabila permohonannya untuk berpindah ditolak oleh majikannya. III Baju-baju yang dijual di kedai itu cantik-cantik belaka. IV Ibu risau kerana abang belum balik-balik dari sekolah. JAWAPAN yang diberikan dalam BUKU ialah B iaitu IV sahaja. A I sahaja B IV sahaja C I, II, dan III D II, III, dan IV Mengapakah IV salah, bukankah maksud ayat ialah abang masih belum pulang dengan menggandakan balik-balik? Ada guru yang menjelaskan bahawa I dan II salah kerana penggunaan untuk sepatutnya guna "bagi". Sebenarnya saya tidak dapat terima penjelasan tersebut.Ayat I betul kerana kata sendi nama untuk dan bagi dapat bervariasi (bertukar ganti) kecuali dalam keadaan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, seperti dalam ayat Hadiah ini untukmu (bukan Hadiah ini bagimu). Ayat IV salah kerana balik-balik ialah bahasa percakapan yang bermaksud kerap melakukan perkara yang sama dan bahasa percakapan tidak digunakan dalam situasi rasmi.Tatabahasa11.08.2011
Yang mana lebih tepat penggunaannya: i. Sila masuk apabila ada urusan ii. Sila masuk jika ada urusan

Puan,

Kedua-duanya boleh digunakan pada frasa tersebut. Namun, perkataan jika lebih kerap diguna pakai yang membawa maksud seandainya. Perkataan apabila pula membawa maksud semasa, sewaktu, ketika, bilamana dan apakala. Terima kasih.

Tatabahasa08.01.2011
“Antara barang yang kami beli di pasar raya itu ialah ….” Pasangan “antara – ialah” seperti dalam ayat ini kerap kita temukan dan saya juga menggunakannya. Benarkah penggunaan kata “ialah” dalam ayat ini SALAH? Jika benar, mengapa dan apa pula pasangan yang betul?

Penggunaan kata pemeri "ialah"   hadir di hadapan atau sebelum kata nama dalam sesuatu ayat. Misalnya:

(i) Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah moral negara.

(ii) Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang tergolong dalam keluarga Austronesia.

Oleh yang demikian,  ayat saudara: Antara barang yang kami beli di pasar raya itu ialah ….”  betul penggunaannya mengikut tatabahasa bahasa Melayu. Hal ini, demikian kata "ialah" dalam ayat ini menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.

Walau bagaimanapun, tidak tepat sekiranya sdr mengatakan  "antara-ialah" sebagai pasangan.  Terdapat juga perkataan "antara" - "dengan". Misalnya;

(i) Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

Ayat sdr  seperti yang di atas dapat  juga dibina seperti berikut:

(ii)  Antara barang yang kami beli di pasar raya itu termasuk garam, gula, kopi, dan teh.

Sekiranya saudara ingin memahami  penggunaan kata sendi dan kata pemeri, sdr boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan DBP. 

Tatabahasa23.02.2009
Adakah Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dieja dengan huruf besar atau huruf kecil? Saya kerap melihat kedua-dua ejaan diguna pakai dalam media massa. "KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan berkaitan kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan sektor itu dapat dibangunkan dengan lestari di dalam negara." Dipetik daripada "Kementerian Pengangkutan arah JPJ lihat peraturan, SOP berkaitan EV", BERNAMA, 16 Oktober 2023.

Penulisan  bagi istilah Standard Operating Procedure (SOP) dalam bahasa Melayu ialah “Prosedur Operasi Standard”.  Namun, terdapat variasi penggunaan istilah ini seperti yang berikut:
 

i.          Prosedur Pengendalian Standard

ii.         Tatacara Pengendalian Piawai (bidang Ekonomi)

iii.        Tatacara Operasi Standard (bidang Sains Politik)

Istilah17.10.2023
Assalamualaikum. Tuan, saya memohon Tuan dapat memberi penjelasan mengenai dua perkataan di bawah ini kerana saya agak keliru dengan penggunaannya; (i) baru (ii) baharu Melalui pembacaan saya sebelum ini; baru merujuk kepada 'just'. contoh penggunaan: baru sampai, dia baru tersedar, baru sahaja habis. manakala; baharu merujuk kepada 'new'. contoh penggunaan: baju baharu, pengantin baharu, tahun baharu, adik baharu Namun begitu timbul kekeliruan pada saya kerana lazimnya 'baharu' tetap juga ditulis dengan 'baru' seperti yang biasa ditemui: baju baru, pengantin baru, tahun baru, adik baru. Saya mohon Tuan dapat membantu tentang ketepatan penggunaan perkataan 'baru' & 'baharu'. Terima kasih, Tuan.

Pendapat saudara memang benar, kita biasa melihat frasa 'kereta baru' atau 'kereta baharu' dan 'buku baru' atau 'buku baharu'. Oleh itu, kata news kerap diterjemahkan kepada baru atau baharu. Namun begitu berbeza dengan kata just yang lazimnya diterjemahkan kepada baru seperti baru sampai dan baru sebentar tadi.

Tatabahasa07.12.2011
Bagaimanakah saya dapat melihat semula semua bantuan tentang bahasa yang sebelum ini saya dapat lihat di PRPM?

Salam sejahtera,

Dokumentasi Soalan dan Jawapan dalam Khidmat Nasihat DBP


Masuk melalui pautan http://kndbp.dbp.gov.my/

Log in Masuk Log Masuk Individu (masukkan e-mel)

Sekiranya ingin melihat soalan yang kerap ditanya:

 

i.              Pada bahagian kiri tekan FAQ (Soalan kerap ditanya) - gambar seperti pada lampiran (i)

Sekiranya ingin melihat soalan yang pernah ditanya:

 

ii.             Pada bahagian atas tekan Rekod Pertanyaan - gambar seperti pada lampiran (ii)

   Sekiranya ingin melibat perkataan dalam PRPM

       iii. Masuk melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/

           
           a. Taip perkataan yang ingin dicari
           b. Tekan pada kiri (Khidmat Nasihat) - gambar seperti pada lampiran (b)

 Paparan soalan yang berkaitan swafoto yang pernah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat DBP. gambar seperti pada lampiran (c)