Adat gajah terdorong. | Orang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga. | Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut hang lebih daripada gedembai. | Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. hang = engkau; gedembai = gergasi, raksasa yang mengubah orang menjadi batu kalau kena tegurannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. | Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka. | Pergaulan yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut kamu harimau kamu, mengerkah batu kepala kamu. | Berkata-kata dengan tak ada batasnya kerap kali mencelakakan diri sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mulut hang lebih daripada gedembai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri. | Jangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jaras katanya raga jarang. | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jaras dikatakan raga jarang. | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telinga yang lembut, itulah yang kerap dipulas. | Orang yang pemurah kerap kali menjadi tempat tumpuan orang meminjam; orang yang penurut selalu menjadi kuda-kuda orang yang kuat dan berkuasa. pulas = pilin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |