i. Budak itu keras hendak pergi juga iiAiman bekerja keras untuk menyara keluarganya iii Murid mesti berpegang keras kepada peraturan iv.Pada musim sejuk, permukaan laut itu keras lalu membentuk lapisan air batu. Jawapan:.... | Sila kemukakan soalan kepada jawapan ini. Penggunaan perkataan "keras" dalam ayat ii, iii dan iv betul. | Tatabahasa | 26.08.2015 |
Cikgu, tolong terangkan penggunaan ayat di bawah yang betul kepada saya. 1. Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. 2. Kebanyakan ahli persatuan itu keras membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. | Ayat yang betul ialah "Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut". | Tatabahasa | 27.05.2014 |
1. Terjemahan Save the info on your hard drive ialah Simpan maklumat itu dalam pemacu keras anda Tetapi, 'pemacu keras' ialah benda fizikal, sama seperti 'kotak kasut', tidakkah, 'di dalam' lebih sesuai? 3. Padanan renewable energy ialah tenaga boleh diperbaharui. Tolong betulkan di website PRPM http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=renewable+energy untuk mengelakkan kekeliruan kerana ramai yang menggunakan istilah 'tenaga boleh baharu'. | Pemacu keras (pemacu cakera keras) bukanlah benda yang boleh dilihat fizikalnya secara nyata seperti gelas dan kotak. Penggunaan yang betul ialah ...dalam pemacu keras. Istilah renewable energy - tenaga boleh diperbaharui boleh dilihat dalam Glosari Sains untuk Sekolah. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.06.2015 |
Penduduk di kawasan pedalaman Kampung Hoi tidak berani pergi ke Gua Siung kerana kononnya gua itu keras dan berhantu. Perkatan keras di atas ayat adalah salah, sepatutnya boleh ganti dengan perkataan apa? | Penduduk di kawasan pedalaman Kampung Hoi tidak berani pergi ke Gua Siung kerana kononnya gua itu keras. Ayat ini betul kerana antara makna keras ialah tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
Maksudnya frasa membantah keras keputusan yang dibuat dan frasa keras membantah keputusan yang dibuat kedua-duanya betul kerana keras ialah kata adverba yang boleh hadir di depan dan di belakang kata kerja? | Betul, untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 289. | Tatabahasa | 28.05.2014 |
Maaf ada sedikit pembetulan. Cikgu, tolong terangkan penggunaan ayat yang betul di bawah ini kepada saya. 1. Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. 2. Kebanyakan ahli persatuan itu keras membantah keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. | 1. Kebanyakan ahli persatuan itu membantah keras keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. 2. Kebanyakan ahli persatuan itu keras membantah keputusan yang dibuat oleh anggota jawatankuasa tersebut. Kedua-dua ayat tersebut betul, keras ialah kata adverb yang boleh hadir sebelum dan selepas kata kerja. | Tatabahasa | 27.05.2014 |
Salam sejantera, Mohon perlu penjelasan frasa "pulang paku buah keras". Harap dapat sertakan contoh ayat bagi menerangkan maksud. Terima kasih. | Pulang paku buah keras bermaksud memulangkan balik kata-kata atau sindiran yang ditujukan kepadanya dahulu kepada orang yang menyindirnya. Saleha pulang paku buah keras kepada rakannya yang pernah bercerita pasal dirinya. | Makna | 13.02.2013 |
Salam. Saya nak tanya, adakah perkataan "tegar" boleh bermaksud "berpendirian tegas"? Mohon pencerahan. Terima Kasih =) | Makna tegar berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat: 1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku; 2. ki tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dll), degil: mereka mempunyai pandangan yg ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dll), keras hati, keras kepala, degil; ~ pelupuk mata berani; tanah ~ tanah kering yg keras; | Istilah | 14.06.2014 |
Adakah terma 'laku keras' diterima pakai oleh DBP yang membawa maksud 'hot-selling'? | "Hot-selling" sesuai dipadankan dengan perkataan jualan hebat. Frasa "laku keras" tidak tergolong dalam bahasa standard. | Makna | 09.05.2020 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan(perkataan yang telah silap). (a) Rambut pengantin perempuan itu disanggul (keras) supaya kelihatan rapi. (b) Datuk dimasukkan ke hospital kerana sakit (keras) akibat penyakit tekanan darah tinggi. (c) Burung terkukur itu (berkuku) sepanjang hari. (d) Petani itu menggunakan (berkuku) kambing untuk menanam anak padi. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |