Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.tan] | کرتن

Definisi : bahagian drpd sesuatu yg telah di­kerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, peng­galan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.tan] | کرتن

Definisi : bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat; potongan; penggalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerat (kata kerja)
Bersinonim dengan penggal, potong, pancung, hiris, kabung, sayat;,
Kata Terbitan : mengerat, terkerat, keratan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI?

Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang  mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh:

  • Awalan kata kerja me- (me+rentas)
  • Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)

Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya:                              

  • Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
  • Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.

Tatabahasa07.02.2019
Berikut merupakan keratan akhbar Berita Harian yang saya baca. KOTA BHARU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim meluangkan masa bertemu anak pasangan yang dipenjara di Sweden, sempena Hari Ibu, hari ini. Berdasarkan ayat di atas, adakah anak atau pun pasangan tersebut yg telah dipenjara? T. Kasih.Berdasarkan ayat ini jelas menunjukkan pasangan yang dipenjara kerana pertemuan berlaku di Kota Bharu, sedangkan orang yang dipenjara di Sweden. Untuk mengelakkan kekeliruan boleh ditambah sendi nama "kepada" antara perkataan "anak" dan "pasangan" --> anak kepada pasangan.Makna11.05.2014
MOHON DBP ambil tindakan dan siasat satu keratan akhbar bertarikh 12 Mei 2021, tentang Gaza di bedil, di dalam perenggan terakhir editor telah mengeluarkan kenyataan berhubung penduduk Palestin adalah penunjuk perasaan semasa Israel menghalau rakyat Palestin dari kediaman sendiri,. Ayat itu tidak sesuai di gunakan ibaratkan macam menyokong tindakan rejim zionis terhadap rakyat Palestin. Kerana rakyat berkenaan hanya mempertahankan hak dan agama Islam serta tempat masjid ke 3 suci , mohon DBP siasat dan minta sinar harian buat permohonan maaf terbuka dan menarik balik keratan tersebut. Ini adalah sensitif agama , bangsa dan saudara Islam.
Kami mengambil maklum akan aduan tuan ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.
Sekiranya ada maklumat lain, pihak tuan juga boleh mengemukakan aduan terus kepada Editor Sinar Harian untuk tindakan selanjutnya. 
Lain-lain12.05.2021
Saya ingin khidmat DBP untuk menyemak terjemahan Bahasa Malaysia untuk keratan di bawah : (1) Epson aspires to be an indispensable company, trusted throughout the world for our commitment to openness, customer satisfaction and sustainability. We respect individualit y while promoting teamwork, and are committed to delivering unique value through innovative and creative solutions. (2) As Epson employees, we always strive to exceed our own vision, and to produce results that bring surprise and delight to our customers. Terima kasih.Mohon tuan/puan memberikan terjemahan dalam bahasa Melayu untuk kami semak. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan06.03.2017
Assalamualaikum. Saya hendak tanya mengenai pengunaan perkataan 'ditemukan'. Contoh seperti keratan yang saya lampirkan. Apa beza ditemukan dan ditemui? Adakah pengunaan perkataan 'ditemukan' bersesuaian dengan berita tersebut. Terima kasih.Alaikumussalam.  Maksud ditemukan ialah "menjumpai sesuatu yang dicari".  Perkataan ini sesuai untuk ayat pada berita tersebut.Lain-lain31.12.2014
Saya ingin mengetahui adakah tetupai itu sejenis alat ? Terima kasih.Tetupai ialah keratan kayu yang dilekapkan (dipakukan) pada tiang dll untuk menyangga sesuatu.Makna14.04.2008
Melaporkan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar Tempatan Hal sedemikian rupa tidak sepatutnya berlaku di dalam akhbar tempatan kerana ini akan menimbulkan kekeliruan masyarakat terhadap sistem ejaan bahasa Melayu terutamanya generasi muda serta bolah mendorong Bahasa Melayu untuk dilupakan generasi kini. Sebagai contoh Keratan akhbar The Star bertarikh 29 Jun 2016 (Rabu) Kesalahan pada ejaan martabak. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai 2016 (Isnin) Kesalahan pada ejaan viral yang dieja sebagai virak Saya berharap agar pihak tuan akan segera mengambil tindakan bagi memastikan perkara sedemikian rupa tidak berulang lagi.Undang-undang harulah segera dikuatkuasakan, tiada lagi istilah tidak tahu dalam masyarakat perihal sistem ejaan Bahasa Melayu. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “BAHASA JIWA BANGSA’’Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan atas keprihatinan terhadap bahasa Melayu.

Untuk makluman tuan/puan, pihak kami sentiasa melakukan pemantauan penggunaan bahasa Melayu di media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul diamalkan. Berkenaan dengan kesalahan tersebut, kami akan panjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih.
Lain-lain03.08.2016
Salam, Saya keliru mengenai ejaan samada huruf besar atau kecil digunapakai bagi matapelajaran-matapelajaran. contoh di bawah ini adalah keratan artikel dari PTS: Peraturan Huruf Kecil dan Huruf Besar Salah satu kesilapan yang lazim dilakukan oleh penulis adalah penggunaan huruf kecil dan huruf besar. Ini menyebabkan proses editing menjadi lebih panjang. Berikut adalah panduan penggunaan kedua-dua jenis huruf itu: Huruf kecil untuk nama bidang ilmu. Saya memasuki kursus Matematik, Fizik dan Mekatronik. (SALAH) Saya memasuki kursus matematik, fizik dan mekatronik. (BETUL) Imam Shafie adalah pakar bidang Usul Fiqh. (SALAH) Imam Shafie adalah pakar bidang usul fiqh. (BETUL) Buku-buku bidang Sirah dan Hadith banyak terdapat dalam pasaran. (SALAH) Buku-buku bidang sirah dan hadith banyak terdapat dalam pasaran. (BETUL)Asalnya contoh yang diberi seperti matematik, kimia fiqah dan sebagainya ialah kata nama am. Kami juga bersetuju jika senarai tersebut merujuk bidang secara umum masih dikategorikan sebagai kata nama am. Walau bagaimanapun merujuk contoh yang diberi kami menganggap subjek tersebut sebagai kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar.Ejaan23.11.2008
bagaimanakah,saya boleh mendapatkan majalah lama serta suratkhabar pada tahun 1984-1992 ?..Pusat Dokumentasi Melayu menyimpan majalah lama terbitan DBP dan keratan akhbar yang berkaitan. Jika tuan ingin membuat rujukan, sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi  Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun.Lain-lain17.12.2015
BAGAIMANAKAH REVOLUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA BERLAKU DAN KAITANNYA DENGAN PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN?Untuk soalan kertas kerja atau latihan ini, sila datang ke perpustakaan untuk untuk membuat rujukan melalui pembacaan buku, majalah. keratan akhbar mengenai isu ini.Lain-lain03.02.2009
12

Kembali ke atas