Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.tan] | کرتن

Definisi : bahagian drpd sesuatu yg telah di­kerat, bahagian (drpd sesuatu), irisan, peng­galan, potongan: ~-~ kayu itu diikatnya dan dibawa pulang; syair lebih mementingkan keseragaman bunyi di hujung ~ perkataannya; ~ akhbar bahagian akhbar (biasanya yg mengandungi berita atau siaran tertentu) yg dipotong drpd sesuatu halaman surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ra.tan] | کرتن

Definisi : bahagian drpd sesuatu yg telah dikerat; potongan; penggalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerat (kata kerja)
Bersinonim dengan penggal, potong, pancung, hiris, kabung, sayat;,
Kata Terbitan : mengerat, terkerat, keratan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pamiula Iracara berbalas pantun sambil dialunkan mengikut gesekan biola, biasanya antara seorang pemantun lelaki dan seorang atau beberapa pemantun wanita.Bagi masyarakat Iranun, biola digesek ketika sesuatu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran anak, majlis perkahwinan atau nazar dan dimainkan bagi mengiringi acara ‘pamiula’ atau bagi masyarakat bajau dipanggil isun-isun.Keratan Akhbar Borneo PostGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
isun-isun Bj Smacara berbalas pantun sambil dialunkan mengikut gesekan biola, biasanya antara seorang pemantun lelaki dan seorang atau beberapa pemantun wanita.Bagi masyarakat Iranun, biola digesek ketika sesuatu majlis keramaian seperti menyambut kelahiran anak, majlis perkahwinan atau nazar dan dimainkan bagi mengiringi acara ‘pamiula’ atau bagi masyarakat bajau dipanggil isun-isun.Keratan Akhbar Borneo PostGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas