Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.kot] | کريکوت

Definisi : (kerékot) 1. bengkok-bengkok (bkn jari dll); 2. berkerut-kerut (tidak rata dan licin), menjadi kerukut (bkn lantai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.kot] | کريکوت

Definisi : (kerékot) sangat kedekut (bakhil). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.kot] | کريکوت

Definisi : (kerékot); mengerekot berbaring dgn merapatkan tangan dan kaki ke tubuh (kerana sakit atau kesejukan): Bujal ~ macam udang; pd malam yg sejuk itu dia tidur ~ dgn berselimutkan sehelai kain biasa; mengerekotkan merapatkan tangan dan kaki rapat ke tubuh (kerana sakit atau ke­sejukan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.kot] | کريکوت

Definisi : /kerékot/ tidak lurus; bengkok-bengkok: Dia meluruskan dawai yg ~ itu. mengerekot 1 menjadi kerekot. 2 berbaring dgn merapatkan tangan dan kaki ke tubuh (kerana kesejukan dll): Dia tidur ~ pd malam yg dingin itu. mengerekotkan 1 menjadikan kerekot. 2 membengkokkan (tangan dan kaki) rapat pd badan spt orang kesejukan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerekot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya sedang membuat lapuran untuk pejabat saya mengenai penanaman pokok-pokok di dusun. Yang mana adalah betul? (1) Kerekot daun atau Daun kerekot. (2) Layu pokok atau Pokok layu. Terima kasih.Mengikut Hukum D-M, yang betul ialah daun kerekot dan pokok layu. Tatabahasa21.07.2008
apakah perkataan sesuai untuk keadaan berikut. jari-jari kaki anak ayam "curled" akibat satu penyakit. pada keadaan normal, jari-jari itu lurus. curled dalam bentuk, penuh atau setengah. Terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan, perkataan yang sesuai untuk persoalan yang dinyatakan di atas  ialah  mengerukut. "Mengerukut" atau kata dasarnya "kerukut" membawa maksud bengkok-bengkok (berkenaan jari), kerekot, kokot (jari), mengerut (berkenaan kaki atau tangan), tidak rata atau licin (spt daun kering), renyuk, berkedut-kedut; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Makna30.01.2019

Kembali ke atas