Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.la.an] | کريلاءن

Definisi : keikhlasan (hati), keizinan, ke­su­di­­an, perkenanan, persetujuan: mencari ~ Allah; reda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.la.an] | کريلاءن

Definisi : keadaan rela (hati); keikhlasan (hati); keredaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rela (kata kerja)
Bersinonim dengan sudi, sanggup, bersedia, berkenan, reda, suka, gemar, mahu, tidak keberatan;,
Kata Terbitan : merelai, merelakan, kerelaan,

Peribahasa

Hati yang suka peringan beban.

Bermaksud :

Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Hati yang ringan meringankan beban yang berat).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abductionpemelarianKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan orang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Sinonim penculikan.
abduction-murderculik-bunuhKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan seseorang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa akan dibunuh semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian tersebut.
abduction-rapeculik-rogolKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan seseorang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa akan dirogol semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian tersebut.
abduction-rape-murderculik-rogol-bunuhKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan seseorang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa akan dirogol lalu dibunuh semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian itu, atau sebaliknya dibunuh lalu dirogol.
child abductionpenculikan kanak-kanakKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan kanak-kanak dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu.
child abduction-murderpenculikan kanak-kanak-bunuhKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan kanak-kanak dengan cara pujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa dibunuh semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian tersebut.
abolition without acceptancepemansuhan tanpa kerelaanEkonomiEkonomi IslamPenamatan akad muzaraah yang dilakukan secara paksaan oleh satu pihak tanpa kerelaan pihak yang lain. Penamatan akad akan diputuskan melalui mahkamah atas permohonan pengusaha atau pemilik tanah. Contohnya, pengusaha ingin menamatkan akad kerana ketidakmampuannya meneruskan kerja atas sebab kesihatan atau alasan lain yang munasabah. Pembatalan akad tanpa kerelaan tidak boleh dilakukan oleh pemilik tanah sekiranya matlamat muzara‘ah belum tercapai walaupun atas alasan ingin menjual tanah kepada orang lain.
human smugglingpenyeludupan manusiaKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung kemasukan mana-mana orang merentas sempadan antarabangsa yang menyalahi undang-undang sesebuah negara. Perbuatan ini boleh dilakukan dengan kerelaan atau tanpa kerelaan mangsa, secara rahsia atau melalui perdayaan, seperti penggunaan dokumen palsu. Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh sindiket dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Contohnya, imigran yang diseludup masuk untuk dijadikan sebagai buruh ladang.
volitionkerelaanPerubatanTiadaTindakan atau kesanggupan mengekalkan atau menyingkirkan sebarang tindakan untuk kebaikan diri pesakit itu sendiri.
volitionkerelaanPerubatanPsikiatriKesediaan untuk mengekalkan atau menyingkirkan sebarang tindakan demi kebaikan diri pesakit itu sendiri.
1234

Kembali ke atas