Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.nah] | کرينه

Definisi : (kerénah) ragam, tingkah laku, ke­mahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutama­nya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai for­maliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat di­luluskan atau dilaksanakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.nah] | کرينه

Definisi : /kerénah/ ragam; tingkah; kemahuan: Dia naik darah melihat ~ adiknya itu. ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan, peringkat-peringkat kelulusan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dpt diluluskan atau dilaksanakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerenah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heroinewirawatiKesusasteraanTiadaWatak perempuan utama dalam drama atau naratif yang mempunyai sifat, nilai, serta tujuan terpuji. Wirawati terlibat secara langsung dalam aksi utama dalam sesebuah cerita, sering dipertembungkan dengan kerenah penjarah atau penjahat. Watak utamanya ialah perempuan yang menjadi tumpuan atau perhatian khalayak. Watak ini menampilkan nilai moral yang tinggi berbanding dengan watak lain, dan sering dikaitkan dengan unsur mitos, dan epik. Wirawati dibezakan dengan protagonis, iaitu istilah yang merujuk kepada watak utama yang neutral sifatnya. Lihat juga antagonis, wira.
herowiraKesusasteraanTiadaWatak lelaki utama dalam drama atau naratif yang mempunyai sifat, nilai serta tujuan yang terpuji. Wira terlibat secara langsung sebagai aksi utama dalam sesebuah cerita, sering dipertembungkan dengan kerenah penjarah atau watak jahat dan menjadi tumpuan perhatian khalayak. Watak utama lelaki dikenali sebagai wira manakala watak utama perempuan ialah wirawati. Istilah ini membawa konotasi kewiraan yang positif dan sering dikaitkan dengan epik dan mitos, iaitu bentuk karya yang banyak mendukung makna kewiraan. Oleh itu, wira dibezakan dengan protagonis, iaitu istilah yang merujuk kepada watak utama, tetapi lebih neutral sifatnya. Watak utama yang tidak mempunyai sifat dan nilai terpuji disebut sebagai antiwira. Wira berasal daripada perkataan Yunani hero yang bermaksud �pelindung�. Lihat juga antagonis, wirawati.
red tapepita merahPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara-perkara yang mengganggu, melambatkan dan menghalang kelancaran pengurusan khususnya dalam konteks pembuatan keputusan birokratik. Biasanya pita merah dikaitkan dengan sikap atau cara kerja kakitangan dalam sesebuah organisasi yang suka melengah-lengahkan kerja dan memberikan lebih perhatian kepada perkara-perkara yang kurang penting, manakala perkara-perkara yang penting dilakukan secara sambil lewa. Keadaan ini boleh menyumbang kepada corak pengurusan dan pentadbiran yang lemah. Pita merah bukan sahaja wujud dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan, tetapi juga wujud dalam pertubuhan-pertubuhan lain seperti syarikat, agensi dan NGO. Pita merah juga dikenali sebagai kerenah birokrasi.


Kembali ke atas