Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.reng.ga] | کرڠݢ

Definisi : sj semut yg besar dan merah, Oecophylla smaragdina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.reng.ga] | کرڠݢ

Definisi : nama sj serangga spt semut tetapi agak besar dan berwarna kemerah-merahan, Oecophylla smaragdina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerengga


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Merujuk kepada soalan pada 25/07/2014, mengapakah ayat berikut salah ? (1) Lim menjert kerana tergigit kerengga.Ayat ‘Lim menjert kerana tergigit kerengga dibetulkan menjadi ayat yang gramatis ialah ‘Lim menjerit kerana digigit oleh kerengga. Ayat yang gramatis bukan sahaja dari aspek tatabahasa tetapi meliputi aspek makna.Tatabahasa17.08.2014
Datuk leka bercerita tentang kerengga yang berbisa dan jumlahnya. Adakah betul penggunaan leka di dalam ayat tersebut? Mohon penjelasan, terima kasih.

Leka membawa maksud asyik dengan sesuatu; melekakan menjadikan leka; mengasyikkan. kelekaan hal atau keadaan leka; keasyikan. Oleh itu, penggunaan leka dalam ayat tersebut betul.


Makna19.05.2020
Merujuk kepada dua ayat berikut, yang mana betul ? (1) Lim menjert kerana tergigit kerengga. (2) Cikgu Tan menepuk bahu Bidi yang tertidur di dalam kelas itu.Ayat yang betul ialah ayat (2)Lain-lain25.07.2014
I Tangannya pedas kerana terpegang cili yang telah ditumbuk lumat. II Pedas sungguh gigitan kerengga itu sehingga Muthu berasa kesakitan. (munsyi, tolonglah tunjukajar untuk menggantikan pedas dengan kosa kata yang sesuai. TK)I. Pijar. II. Pedih.Tatabahasa06.03.2013

Kembali ke atas