Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ren.ta.nan] | کرنتنن

Definisi : perihal (keadaan atau sifat) ren­tan: ~ organ berbeza antara satu dgn yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ren.ta.nan] | کرنتنن

Definisi : keadaan rentan: ~ seseorang berbeza antara satu dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerentanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pohon pencerahan: apakah istilah 'vulnerability' dari aspek perubahan iklim? adakah mudahterancaman atau kerentanan? dan juga istilah 'resilience' dari aspek perubahan iklim.

Tiada perkataan vulnerability dan resilience dalam istilah yang berkaitan dengan perubahan iklim seperti bidang alam sekitar, geografi atau lain-lain yang berkaitan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan tuan/puan, kami mencadangkan  vulnerability ialah kerentanan, manakala padanan untuk resilience ialah daya tahan atau daya bingkas iaitu keupayaan bergerak cepat atau pantas. 

Istilah28.04.2021
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya terjemahan beberapa istilah berikut dalam bahasa Melayu: 1. Perfectionism 2. Dyadic coping 3. Enduring vulnerabilities Selain itu, adakah DBP menyediakan menyemak terjemahan soal selidik (BI-BM)?..sekiranya ada, bagaimana prosedurnya? Sekian, terima kasih.1. Perfectionism - perfeksionisme (dalam bidang Psikologi dan Perubatan)
2. Tidak ada Dyadic coping dalam pangkalan data kami, duadics dalam bidang fizik diterjemahkan kepada diadik dan coping dalam bidang kejuriteraan ialah kepada tembok dan dalam bidang pergigian, koping.  
3. Enduring vulnerabilities - enduring bermaksud lama bertahan, manakala vulnerabilities bermaksud kerentanan.
Penyemakan dan penterjemahan02.04.2015
Salam sejahtera, Mohon beri penjelasan mengenai perkataan 'vulnerabiliti'. Adakah perkataan ini diambil daripada perkataan 'vulnerabilty'? adakah perkataan ini boleh digunakan bagi tujuan rasmi. Sekian, Mariammal SubramaniamTidak ada perkataan ‘vulnerabiliti’ dalam bahasa Melayu. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan, perkataan vulnerability mempunyai tiga maksud, iaitu 1. mudah terdedah; 2. mudah dikecam; dan 3. mudah diserang. Dalam bidang teknologi maklumat, perubatan, dan kejuruteraan istilah vulnerability diberikan padanan kerentanan.  Istilah15.12.2014
Sila terjemahkan beberapa istilah berkaitan dengan teori dan model kesihatan 1. Self determination theory 2. cues to action 3. perceived susceptibility 4. perceived severity Terima kasih di atas bantuan yang diberikanUntuk makluman, tiada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Walau bagaimanapun, kami akan berikan istilah bahasa Melayu untuk istilah bahasa Inggeris seperti yang berikut:

1. self determination - penentuan diri/penentuan nasib diri/penentuan masa depan
2. cues - isyarat/tanda
3. perceived - anggapan/tanggapan
4. susceptibility - kerentanan
5. severity - keamatan/keparahan/keterukan/ketenatan
Istilah21.08.2014

Kembali ke atas