Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.pé/] | کريڤيق

Definisi : (kerépék) ubi kayu, pisang, keladi dsb yg dihiris nipis-nipis dan digoreng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.pé/] | کريڤيق

Definisi : (kerépék) 1. sj ikan laut, Chelmon costratus; 2. sj ikan laut, Heniochus acuminatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.pé/] | کريڤيق

Definisi : /kerépék/ ubi kayu, pisang dsb yg dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerepek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah kata-kata ganda berikut boleh diterima? 1. makanan-makanan 2. biskut-biskut 3. kerepek-kerepek 4. tangan-tangan 5. lelaki-lelaki 6. benda-benda Kalau sesetengah kata ganda tidak boleh diterima. Apakah sebabnya? Adakah semua benda atau kata nama boleh digandakan? Apakah syarat untuk menggandakan sesuatu perkataan? Sekian, terima kasih.Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Perkataan dalam contoh yang diberikan boleh digandakan. Sungguhpun begitu, tidak semua kata boleh digandakan.

Untuk makluman, kata ganda hanya ada 3 jenis sahaja, iaitu:  

Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. 
Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. 
Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa12.09.2017
Salam dan selamat pagi, Saya nak tanya... Perlukah kita mengulang perkataan di bahagian depannya?Ayat contoh 1: Dia menanam bunga raya, bunga mawar, bunga orkid dan sebagainya. Ayat contoh 2: Dia menghasilkan kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek kentang dan lain-lain. Sekian, terima kasih.Tidak perlu diulangi kata nama tersebut pada setiap kali menyatakan jenisnya yang dinyatakan secara berurutan.Tatabahasa25.01.2013
Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras?Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. 

Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas,  popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja).
Makna19.06.2018
nak tahu mengenai terminologi:- limau,belimbing dll = hasilan buah-buahan daging,ayam,kembing = ternakan kerepek ubi,pisang = ????? sila maklumkan pd saya.Soalan saudara tidak jelas. Aspek apakah yang saudara ingin tahu? sekiranya tentang makna saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain22.02.2008

Kembali ke atas