Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : (keréta) 1. kenderaan yg memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin); 2. gerabak (kereta api); 3. gelendong benang jahit; ~ angin ark basikal; ~ asap kereta api; ~ baja (waja) = ~ perisai sj kereta tentera yg berlapis besi baja; ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba (utk memadamkan kebakar­an); ~ jenazah = ~ mati kereta utk membawa mayat; ~ kabel kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; ~ kebal a) Id kereta baja; b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yg tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dlm peperangan), teng; ~ kerbau (lembu) kereta yg ditarik oleh kerbau (lembu); ~ lereng ark basikal; ~ lumba kereta (motokar) yg diguna­kan dlm perlumbaan kereta; ~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan; ~ pakai kereta (motokar) yg dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak utk disewakan kpd orang lain atau utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang); ~ pelangking kereta yg berbentuk spt tandu (usungan); ~ penumpang a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dlm perjalanan; b) kereta (motokar) utk membawa penumpang (bukan barang); ~ perisai = ~ baja; ~ radio kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; ~ sakit kereta utk membawa orang sakit, ambulans; ~ sewa = ~ tambangan kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; ~ sorong (tolak, tarik) kereta yg digerakkan dgn menyorong (menolak, menarik); ~ sport sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; ~ tidur gerabak kereta api tempat tidur; ~ vintaj kereta lama yg masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasa­nya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930; berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : /keréta/ kenaikan beroda yg ditarik oleh binatang, digerakkan oleh enjin atau ditolak. ~ angin basikal. ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba utk memadamkan kebakaran. ~ jenazah kereta utk membawa mayat. ~ kebal (perisai) kereta berlapis besi yg digunakan dlm peperangan dsb. ~ lembu kereta yg ditarik oleh lembu. ~ lumba kereta yg digunakan dlm perlumbaan (kereta). ~ pakai kereta yg digunakan oleh tuannya sendiri, tidak utk disewakan. ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. ~ sakit kereta utk membawa orang sakit; ambulans. ~ sewa kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. ~ sorong kereta yg digerakkan dgn disorong. ~ sport kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. ~ sungkur jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pokok dsb). berkereta menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kereta

Puisi
 

Kereta kuda kereta pedati,
     Mari dinaik Raja Dang Ratu;
Sungguh adik tidak mengerti,
     Apalah maksud kata begitu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Hitam-hitam bendi,
     putih-putih sadah.

Bermaksud :

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Banjir kilat telah menenggelamkan/menenggelami kereta-kereta penghuni kota . Soalan : 1. penggunaan "menenggelamkan" atau "menenggelami "yang betul? Sila jelaskan. 2. Adakah "kereta-kereta penghuni kota" menyalahi hukum tatabahasa ? Jelaskan Membaca merupakan satu hobi berbentuk riadah . 1. Adakah "berbentuk" kata kerja tak transitf (KKTT) Terdapat segolongan penduduk terlupa bahawa maju mundur sesebuah negara amat bergantung pada rakyatnya yang berilmu. 1. Adakah kata 'terdapat", "terlupa","bergantung" dan "berilmu" KKTT. Tolong jelaskan sebab. Terima kasih.

Cikgu terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Imbuhan  meN....i digunakan untuk membentuk kata kerja terbitan yang bersifat transitif manakala iambuhan meN...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Atau pada kebiasaannya imbuhan yang berakhir dengan  i....ditujukan kepada benda hidup dan ...kan pada benda tidak hidup. Walau bagaimanapun sila rujuk mana-mana buku tatabahasa untuk penjelasan lanjut. Terima kasih

Tatabahasa21.05.2009
salam... satu soalan... kata ganda yang menunjukkan banyak (benda) seperti buku-buku untuk menunjukkan banyak buku, kereta-kereta ( yang menunjukkan banyak kereta) adakah sudah tidak boleh digunakan lagi pada masa sekarang ? - Nazir sekolah beritahu sudah tidak digunakan lagi... betulkah???Sekiranya ayat/frasa tersebut sudah disertai oleh perkataan banyak, perkataan tersebut tidak perlu digandakan lagi. Contohnya banyak buku, banyak kereta, bukan banyak buku-buku, banyak kereta-kereta.Tatabahasa31.03.2010
frasa nama yang betul untuk kereta yang membawa bayi: kereta bayi / kereta sorong / kereta tolak/ atau ......Kereta sorong bayiMakna21.03.2011
Yang manakah betul? 1. (a)Kereta itu ditunda oleh kereta tunda.ATAU (b) kereta itu ditarik oleh kereta tunda. 2.(a)Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. ATAU (b)rambutnya digunting agar kelihatan kemas.1. Kereta itu ditunda oleh kereta tunda. Kereta itu ditarik oleh kereta tunda. Kedua-dua ayat ini betul, namun bagi mengelakkan terlalu banyak pengulangan kata, maka ayat kedua lebih lazim digunakan.
2. Rambutnya dipotong pendek agar kelihatan rapi. Rambutnya digunting agar kelihatan kemas. Kedua-dua ayat ini juga betul.
Tatabahasa14.04.2015
Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil.Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil.

Perkataan 'kereta' termasuk dalam kategori kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit maka ditulis dengan huruf kecil.  Untuk maklumat lanjut rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6- Kata Nama.
Tatabahasa15.01.2013
Frasa yang manakah betul? (a) tempat letak kereta (b) tempat meletak kereta (c) tempat meletakkan kereta (d) tempat peletakan kereta.Dalam bentuk ayat yang lengkap ialah "tempat meletakkan kereta", tetapi untuk penamaan tempat/kawasan lazimnya dibuat dalam bentuk kata nama, iaitu "tempat letak kereta".Tatabahasa26.04.2010
Yang manakah betul tentang ayat di bawah? (a) tempat letak kereta (b) tempat meletak kereta (c) tempat meletakkan kereta (d) tempat peletakan kereta Terima kasihDalam bentuk ayat yang lengkap ialah "tempat meletakkan kereta", tetapi untuk penamaan tempat/kawasan lazimnya dibuat dalam bentuk kata nama, iaitu "tempat letak kereta".Tatabahasa26.04.2010
1) Carian Kata tidak ada 'kereta continental', 'kereta kontinental' atau pun 'kereta buatan europe'. Apakah penterjemahan yang betul untuk 'continental cars'? 2) Juga, apakah perterjemahan yang betul untuk 'call us for free car pick-up services'?1. Cadangan terjemahan bagi continental car ialah kereta buatan Eropah.
2. Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah hubungi kami untuk perkhidmatan pengambilan kereta percuma.
Penyemakan dan penterjemahan24.04.2019
tempat meletak kereta / tempat letak kereta?Tempat meletak kereta atau tempat letak kereta, kedua-duanya betul tetapi lazimnya untuk penamaan 'Tempat Letak Kereta' yang digunakan.Tatabahasa15.12.2010
Tuan,apakah perbezaan penggunaan antara perkataan "menjalani" dan "menjalankan" ?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menjalankan bermaksud 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan dan lain-lain). Contoh ayat: (a) Dia cuba menjalankan kereta itu tetapi tidak berjaya. (b) Setelah ayahnya meninggal dunia, Alilah yang menjalankan perniagaan itu. 2. mengerjakan (tugas dan lain-lain), melaksanakan. Contoh ayat: Pak Leman tidak berasa susah untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang penarik beca. Menjalani pula bermaksud mengalami atau melalui.Contoh ayat: Dia telah menjalani satu pembedahan.Tatabahasa10.10.2016
12345678910...

Kembali ke atas