Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : (keréta) 1. kenderaan yg memakai roda (ditarik oleh binatang atau digerakkan oleh enjin); 2. gerabak (kereta api); 3. gelendong benang jahit; ~ angin ark basikal; ~ asap kereta api; ~ baja (waja) = ~ perisai sj kereta tentera yg berlapis besi baja; ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba (utk memadamkan kebakar­an); ~ jenazah = ~ mati kereta utk membawa mayat; ~ kabel kenderaan yg bergerak di atas landasan kabel atau di sepanjang kabel atas; ~ kebal a) Id kereta baja; b) kereta berlapis besi dan berodakan rantai yg tidak dapat ditembusi peluru (digunakan dlm peperangan), teng; ~ kerbau (lembu) kereta yg ditarik oleh kerbau (lembu); ~ lereng ark basikal; ~ lumba kereta (motokar) yg diguna­kan dlm perlumbaan kereta; ~ makan gerabak kereta api tempat penumpang makan; ~ pakai kereta (motokar) yg dipakai oleh pemiliknya sendiri (tidak utk disewakan kpd orang lain atau utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang); ~ pelangking kereta yg berbentuk spt tandu (usungan); ~ penumpang a) gerabak kereta api tempat penumpang duduk dlm perjalanan; b) kereta (motokar) utk membawa penumpang (bukan barang); ~ perisai = ~ baja; ~ radio kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda dll; ~ sakit kereta utk membawa orang sakit, ambulans; ~ sewa = ~ tambangan kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; ~ sorong (tolak, tarik) kereta yg digerakkan dgn menyorong (menolak, menarik); ~ sport sj kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung yg boleh dibuka dan ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang sahaja; ~ tidur gerabak kereta api tempat tidur; ~ vintaj kereta lama yg masih diminati kerana sesuatu ciri keistimewaannya, biasa­nya dibuat antara tahun 1917 hingga 1930; berkereta mempunyai atau mengenderai (menaiki, memakai) kereta: kebanyakan mereka tidak ~ sungguhpun banyak yg bergaji besar; dia tu ke mana-mana sahaja ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ré.ta] | کريتا

Definisi : /keréta/ kenaikan beroda yg ditarik oleh binatang, digerakkan oleh enjin atau ditolak. ~ angin basikal. ~ bomba kereta yg digunakan oleh pasukan bomba utk memadamkan kebakaran. ~ jenazah kereta utk membawa mayat. ~ kebal (perisai) kereta berlapis besi yg digunakan dlm peperangan dsb. ~ lembu kereta yg ditarik oleh lembu. ~ lumba kereta yg digunakan dlm perlumbaan (kereta). ~ pakai kereta yg digunakan oleh tuannya sendiri, tidak utk disewakan. ~ peronda kereta yg digunakan oleh polis utk meronda di jalan raya dll. ~ sakit kereta utk membawa orang sakit; ambulans. ~ sewa kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. ~ sorong kereta yg digerakkan dgn disorong. ~ sport kereta yg berbadan rendah, yg direka bentuk utk dipandu laju, biasanya berbumbung dan boleh dibuka atau ditutup, dan mempunyai tempat duduk utk dua orang saja. ~ sungkur jentera yg digunakan utk menyodok tanah (menumbangkan pokok dsb). berkereta menaiki atau mempunyai kereta: Kita tidak dpt pergi sebab tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kereta

Puisi
 

Kereta kuda kereta pedati,
     Mari dinaik Raja Dang Ratu;
Sungguh adik tidak mengerti,
     Apalah maksud kata begitu.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Hitam-hitam bendi,
     putih-putih sadah.

Bermaksud :

Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik. bendi = kereta kuda; sadah = kapur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
floorlantaiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian bawah kereta yang menempatkan sofa kereta, dan melindungi kereta daripada gegaran, air serta tekanan udara.
car dumppemunggah keretaKejuruteraanKejuruteraan MekanikPeranti yang digunakan untuk memunggah kereta dari kereta rel dengan cara memutar atau menjungkitkan kereta.
parkingletak kereta; tempat letak keretaKejuruteraanTiada1. Letak kereta: Meninggalkan kenderaan untuk tempoh masa tertentu, terutamanya di tempat yang disediakan untuknya.,2. Tempat letak kereta: Kawasan yang dikhaskan untuk meninggalkan kenderaan bermotor.
official carkereta pejabat; kereta rasmiPentadbiranTiadaTiada
car occupancymuatan kereta; penumpang keretaKejuruteraanTiadaTiada
disc parkingpelekat letak keretaKejuruteraan AutomotifTiadaPelekat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan kepada tuan punya kereta untuk membolehkan kereta mereka diletakkan di kawasan letak kereta yang dikawal, misalnya di kawasan perumahan atau di kawasan pejabat.
passenger carkereta penumpangKejuruteraanTiada1. Kereta yang menggunakan landasan kereta api untuk membawa penumpang.,2. Sebarang automobil yang digunakan untuk membawa penumpang.
motor trade insuranceinsurans perdagangan motorPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan insurans yang disediakan oleh syarikat yang terlibat dengan perniagaan motor, seperti pembuat kereta, jurujual kereta, stesen minyak dan bengkel kereta. Jenis perlindungan di bawah polisi ini ialah plat perdagangan dan pemandu yang dinamakan.
car wrapbalut keretaKejuruteraan AutomotifAksesoriKemasan grafik vinil yang dilekatkan pada kereta untuk mengubah penampilan luar kereta tersebut. Pelekat tersebut boleh dibuang tanpa merosakkan cat pada badan kereta.
pantographpantografKejuruteraanTiada2. Peranti yang terletak di atas lokomotif atau kereta elektrik pada kereta api elektrik dan menerima elektrik daripada dawai-dawai atas untuk menjalankan kereta api.
12345678910...

Kembali ke atas