Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ark basikal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kereta angin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Semua penduduk kampung tidak tahu akan asal usul pemuda itu. 2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup. 3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan. 4. Dia masih berhutang kepada / pada bank. 5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan. Terima kasih.1. Semua penduduk kampung tidak mengetahui asal usul pemuda itu.
2. Kedengaran bunyi daun-daun kering bergesel dengan jalan apabila angin bertiup.
3. Tayar kereta menjadi haus kerana bergeser dengan permukaan jalan.
4. Dia masih berhutang dengan bank.
5. Mereka berharap bangunan yang bersejarah itu dapat dipelihara secara berkekalan.
Tatabahasa15.01.2013
Saya menghadapi beberapa kemusykilan, diharap pihak DBP dapat membantu menyelesaikannya. Terima kasih. 1. Bolehkah pihak DBP mengklasifikasikan jenis kata majmuk untuk perkataan "kemas kini", "atur cara" , "bom tangan" dan " nasi minyak". Adakah semua kata tersebut tergolong dalam kata majmuk rangkai kata bebas ? 2. Adakah ayat berikut mengandung sebarang kesalahan ? "Kereta Encik Chua terlanggar tembok rumahnya" 3. Adakah perkataan "gemar" merupakan kata adjektif ? 4. Antara berikut, kata ganda manakah yang membawa maksud "perbuatan yang berpanjangan" A. berlari-larian C. berkibar-kibar B. berulang-alik D. berkasih-kasihan

1.  Kata majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yang mem­punyai satu pengertian. Kata majmuk dieja terpisah (seperti contoh yang diberi) kecuali lima belas kata majmuk yang dianggap telah mantap dan dieja satu perkataan iaitu pesuruhjaya, olahraga, setiausaha, bumiputera, kakitangan, tandatangan, antarabangsa, suruhanjaya, waranegara, tanggungjawab, jawatankuasa, matahari, sukarela, kerjasama, beritahu.  

2. Ayat tersebut kurang tepat, faktanya kurang tepat "kereta Encik Chua terlangar tembok".

3. Gemar ialah kata kerja.

4. Berulang-alik membawa maksud perbuatan yang berpanjangan iaitu berpergian dan kembali pula (berkali-kali). Berlari-larian membawa maksud dalam keadaan berlari, berkibar-kibaran bermaksud bergerak melambai-lambai (ke kiri ke kanan) kerana ditiup angin (seperti bendera dan lain-lain), berkasih-kasihan bermaksud saling berkasih atau cinta-mencintai.

Tatabahasa01.09.2009
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih

Saudara,

Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah

terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll),  laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya;  bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu;  memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin).  Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan.   

Makna  beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; 
  

Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b).
Lain-lain15.10.2010
Salam sejahtera. Adakah tertikam dan tertusuk boleh diterima? Apakah perbezaan antara dua perkataan ini?Mohon tuan / puan dapat memberi penjelasan untuk soalan-soalan tersebut. Sekian, terima kasih.

Tertikam biasanya dengan benda tajam seperti pisau, keris; manakala tertusuk pula dengan barang yang runcing lagi tajam seperti penyemat, jarum, paku.

Kamus Dewan memberikan maksud pancit menjadi kempis kerana keluar angin­nya akibat tertusuk benda tajam, pecah (berkaitan tayar kereta, basikal).

Makna14.05.2014
1)Nyatakan perbezaan antara kata "dapat" dengan "boleh". 2)Mengapa kata "di mana", "yang mana", dan "apa" tidak boleh digunakan dalam ayat penyata? 3)Jelaskan perbandingan kata sendi nama "bagi" dengan "untuk" dengan memberikan contoh ayat yang sesuai dan tepat. 4)Apakah perbezaan kata sendi nama "antara" dengan "diantara"?

Puan Nadrah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

untuk jawapan yang lebih jelas dan lengkap tentang pertanyaan ini sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan.

dapat. -  boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu: dia sedang mencari orang yg ~ menyelesaikan kerja itu dgn sempurna; ubat yg ~ menghilangkan rasa gatal-gatal pd kulit; 2. bp beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan, surat, dll), menanggung, ditimpa (sesuatu yg tidak baik spt malu dll); 3. bertemu, bersua, menemui: cari dia sampai ~; tidak juga dia ~ barang yg hilang itu; anak ~ anak yg diambil (dipungut) di jalan; 4. berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yg dikehendaki): dgn kemenangan ini dia ~ memasuki pertandingan akhir; 5. faham (sesuatu yg diajarkan, dipelajari, dsb): Nadiah rajin mengaji, lekas ~, dan pandai pula mengambil hati; ~ angin mendengar risik-risik (desas-desus); ~ durian runtuh = ~ harta karun = ~ harta timbul prb mendapat keuntungan dgn tidak bersusah payah atau dgn tidak disangka-sangka; lepas putih hitam tak ~ prb apa yg diharapkan tidak dapat, sedangkan yg ada pula hilang; ~ terpijak memperoleh sesuatu dgn mudah atau dgn tidak perlu berusaha;

  • (boléh) 1. dapat, mampu (berkeupayaan): dgn wang sebanyak itu, mereka ~ hidup senang; ~ dikatakan dapat dikatakan, tidak salah kalau dikatakan; apa ~ buat apa yg hendak dibuat (tidak ada jalan lain); 2. tidak disekat atau dilarang (drpd berbuat atau melakukan sesuatu), dibenarkan, diizinkan: sesudah makan mereka ~ bermain-main; tak ~ jadi tidak mungkin, mustahil; ~ juga a) dapat juga, mungkin juga; b) bp agak baik juga; (tak) ~ niaga (tidak) boleh bertukar hak milik, (tidak) boleh diterima bayarannya oleh orang atau pihak lain drpd yg dinyatakan (bkn cek yg dikeluarkan dsb); ~ tahan a) dapat tahan; b) ki agak baik, tidak buruk;
  • manakala untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukan. Contohnya- untuk siapakah hadiah ini?. Ayat ini tidak boleh ditukar dengan - bagi siapakan hadiah ini?

    Kata sendi nama untuk pula boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika digunakan dihadapan kata nama atau frasa nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu.- kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja.

    Tatabahasa01.01.2010

    Kembali ke atas