Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kereta utk membawa penumpang-penumpang yg membayar tambang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kereta yg digunakan utk membawa penumpang dgn mengambil sewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kereta sewa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum. Saya ingin bertanya adakah ayat ini betul? "Selain itu, jika menaiki kereta sewa ada sesetengah pemandu yang kita senang untuk berunding harga tetapi hanya 3 orang sahaja yang bersetuju dengan pendapat ini manakala seramai 17 orang pelajar yang tidak bersetuju dengan pendapat ini mungkin kerana mereka menaiki kereta sewa yang menggunakan meter dan agak sukar untuk berunding harga. "Ayat saudara tidak gramatis, tidak jelas maksud yang hendak disampaikan. Sila bina semula ayat, subjek dan predikatnya perlulah jelas. Sebagai panduan, bina ayat pendek (bukan ayat gabungan) bagi meminumumkan atau meniadakan kesalahan dalam proses membina ayat. Ayat tersebut boleh dipecahkan kepada dua atau tiga ayat bagi menjelaskan maksud yang hendak disampaikan.Tatabahasa04.04.2013
Asalammualaikum. Saya ingin bertanya. Adakah ayat ini betul? "Jika ditanya tentang keaslian lesen sesebuah syarikat kereta sewa itu pastinya sesuatu benda yang sangat umum tetapi seramai 5 orang pelajar yang telah bersetuju dengan pendapat ini manakala seramai 15 orang pelajar yang tidak bersetuju."Ayat saudara tidak gramatis, tidak jelas maksud yang hendak disampaikan. Sila bina semula ayat, subjek dan predikatnya perlulah jelas serta lengkap.Tatabahasa04.04.2013
mencari maksud dan difinisi untuk perkataan sewa,pajak, dan beli

Sewa:- 1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dgn membayar wang: segala yg bersabit dgn tanah itu spt jual beli, gadai-menggadai, ~, dll mestilah didaftarkan; 2. sesuatu (kereta, rumah, dll) yg boleh digunakan dgn membayar wang: kereta ~; rumah ~; tanah ~; 3. wang yg dibayarkan utk menggunakan sesuatu, tambang (bkn kenderaan): ~ rumah kami sangat murah; ~ pergi balik; ~ beli urus niaga atau sistem jual beli yg membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (spt kereta dll) yg dibelinya dgn hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran;

Pajak:- 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) 1 8 cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang;

Beli:- = membeli 1. memperoleh barang dgn mem bayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);

Makna21.04.2009

Kembali ke atas