Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rian] | کريان

Definisi : sj tumbuhan (pokok), keriang batu, Eugenia pseudosubtilis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERIANKERIAN, daerah pertanian di utara negeri Perak. Daerah ini mempunyai keluasan 958 km persegi. Padi merupakan hasil pertanian yang terpenting, diikuti dengan kelapa sawit, getah dan kelapa.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
TUK KENALITUK KENALI (1879-1933), ulama.  Dia lahir di Kubang Kerian, Kelantan.  Tuk Kenali juga dikenal sebagai Haji Awang Kenali.  Nama sebenarnya ialah Muhammad Yusuf bin Ahmad. Dia mendapat pendidikan awal di Kota Bharu, berguru dengan Tuan Tabal @ Haji Abdul Samad, Haji Abbas Kampung Kemaman/Sungai Budor, Haji Ismail Kadi, Haji Abdullah Pasir Pekan, Haji Awang @ Muhammad Zain Atas Banggol, Haji Nik Abdullah, Haji Nik Wan Daud, Haji Wan Tamat Lundang, Haji Abdul Malik Sungai Pinang dan Haji Pak Chik Musa.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED ZAHIRUDDIN SYED HASSAN, TUN

SYED ZAHIRUDDIN SYED HASSAN, Tun (1918- ), pentadbir, Yang Dipertua Negeri Melaka (1975-1984). Beliau lahir pada 11 Oktober 1918 di Tanjong, Kerian, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tapah dan Sekolah Melayu Tanjong (1924-1928). Pada tahun 1929, beliau belajar di Sekolah Clifford, Kuala Kangsar. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1930-1941) hingga lulus Senior Cambridge. Beliau memperoleh Diploma in Arts dari Raffles College, Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ABDULLAH TAHIRABDULLAH TAHIR (1945-1997), penulis. Dia lahir pada 19 Mac 1945 di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Dia pernah menggunakan nama pena A. Tahir, Isma Masra, Atmaria, Enis Wardi dan beberapa nama lain.SASTERAKonsep
MATANG

MATANG, pusat pentadbiran bagi daerah Larut, Perak yang dibuka oleh Long Jaafar pada tahun 1850-an.  Matang yang dahulunya dikenal sebagai Permatang, merupakan sebuah pusat kegiatan melombong bijih timah.  Matang terletak di muara Sungai Larut, pantai barat Perak, sesuai sebagai tempat import dan eksport barang-barang dari Pulau Pinang dan ke pulau itu yang ditadbir oleh pihak British.  Di sini jugalah Long Jaafar membina kota dan tempat kediamannya.  Setelah kematian Long Jaafar, anaknya Ngah Ibrahim, terus menggunakan Matang sebagai pusat pentadbiran yang meliputi kawasan Kerian, Matang dan Selama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
NGAH IBRAHIM LONG JAAFAR

 NGAH IBRAHIM LONG JAAFAR (? – 1895), pentadbir Larut (1840 – 1875), Ngah Ibrahim mewarisi pentadbiran Larut daripada ayahnya, Long Jaafar. Pada 24 Mei 1858, dia diberi kuasa oleh Sultan Jaafar Muazam Syah untuk mentadbir kawasan yang meliputi Kerian dan Bagan Tiang. Ngah Ibrahim tinggal di Permatang (Matang) dan berkahwin dengan Wan Halimah, anak Laksamana Wan Muhammad Amin. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas