Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : batu kecil-kecil (digunakan dlm pembinaan jalan raya, bangunan, dll); berkerikil berbatu kerikil dan tidak rata (bkn permukaan jalan dsb): perlumbaan sejauh 15 kilometer melalui jalan yg ~; mengerikil, mengerikili menggunakan batu kerikil utk memperkukuh atau melapis jalan dll): ~ jalan; kelikir II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; batu ~ batu kecil-kecil spt yg digunakan utk membuat jalan dll. berkerikil berbatu kerikil dan tidak rata (bkn permukaan jalan dsb): perlumbaan sejauh 20 kilometer melalui jalan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerikil


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KERIKIL TAJAM DAN YANG TERAMPAS DAN YANG PUTUS

KERIKIL TAJAM DAN YANG TERAMPAS DAN YANG PUTUS, kumpulan puisi Chairil Anwar. Cetakan pertama kumpulan ini setebal 54 halaman diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Rakyat pada tahun 1949. Kemudian ia telah banyak kali dicetak ulang dan cetakan kesebelas telah diterbitkan oleh penerbit Dian Rakyat, Jakarta setebal 56 halaman pada tahun 1991.

SASTERAKarya
ALUVIUM

Aluvium ialah tanah, pasir, batu kerikil, tanah

liat, kelodak, atau bahan-bahan lain yang

dimendapkan oleh air yang mengalir. Mendapan

aluvium berlaku apabila sungai atau anak sungai

berkurangan halajunya ketika mengalir menuruni

lereng gunung atau memasuki tasik, laut

pedalaman, atau teluk yang tenang.

UMUM 
PANTAI

Pantai ialah penimbunan pasir, batu kerikil, atau

batu-batu kecil di sepanjang pinggir laut. Bahan-

bahan ini yang mungkin berasal dari anak-anak

sungai, merupakan bahan-bahan yang haus dari

cenuram laut, atau yang dihanyutkan dari dasar laut

yang cetek.

UMUM 
KIPAS LANAR

Kipas lanar ialah mendapan kelodak, pasir,

batu kerikil yang berlapis-lapis dan berselang-seli

dengan bahan lain. Pada umumnya garis susur

lanar berbentuk kipas.

UMUM 
ORANG PILTDOWN

Orang Piltdown menjadi satu bahan gurauan

besar dalam kajian manusia prasejarah. Dari tahun

1908 hingga tahun 1912, pelbagai bahagian

tengkorak dan rahang telah ditemui dalam satu

kawasan lubang batu kerikil di Piltdown, Sussex,

England. Sesetengah ahli sains percaya bahawa

tinggalan tersebut berasal daripada tulang manusia

yang hidup 250 000 tahun yang lalu. Ahli sains yang

lain pula menafikannya. Sungguhpun begitu, orang

Piltdown menjadi begitu masyhur sehingga

dianggap oleh sesetengah ahli sains sebagai

penghubung yang tidak diketahui, antara manusia

moden dengan beruk.

UMUM 
PUNCAK MENARA

Puncak menara , istilah seni bina yang

digunakan untuk menggambarkan struktur tirus

yang terletak di atas sebuah menara. Kebanyakan

puncak menara tinggi dan meruncing ke atas. Ia

mungkin berbentuk seperti piramid yang

memanjang, berbentuk kon atau oktagon.

Kebanyakan puncak menara diperbuat daripada

batu atau kayu yang dilitupi dengan kerikil atau

sabak.

UMUM 
SUNGAI ORANGE

Sungai Orange ialah sungai yang terpanjang di

Afrika Selatan. Ia mengalir ke arah barat

menyeberangi bahagian selatan benua Afrika.

Benteng pasir dan air yang cetek menyebabkan

Sungai Orange tidak berfungsi bagi pelayaran.

Walau bagaimanapun, sungai ini berfungsi sebagai

sumber kuasa hidroelektrik yang penting dan

membekalkan air yang amat diperlukan bagi projek

penyaliran. Batu kerikil sungai ini mengandungi

longgokan berlian di sesetengah kawasan. Untuk

lokasinya, lihat Afrika Selatan (peta rupa bumi).

UMUM 

Kembali ke atas