Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl kerja yg di­wajibkan membuatnya (dgn tiada diberi upah), kerah, (pekerjaan) rodi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLEMBAGAAN RAKYAT

PERLEMBAGAAN RAKYAT (1947),  satu cadangan ringkas dasar pentadbiran negara bagi menolak cadangan Perjanjian Persekutuan 1948 yang dibuat oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), raja-raja Melayu dan British.  Perlembagaan Rakyat dibuat oleh gabungan Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malayan Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA) pada 8 Ogos 1947.  Kedua-dua gabungan ini menentang usaha UMNO dan raja-raja Melayu untuk membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan perjanjian baharu.  Oleh sebab British menyebelahi UMNO dan raja-raja Melayu, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa kerja (Working Committee) telah dibentuk dengan 12 orang anggota, iaitu enam orang pegawai British, empat orang wakil raja-raja Melayu dan dua orang wakil UMNO.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN

JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa. Jawatankuasa ini diwujudkan oleh Persidangan Majlis Raja-raja yang diadakan pada 1 Julai 1968, yang telah memutuskan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Majlis tersebut merupakan sebuah badan kebangsaan bagi menyelaras kerja, kegiatan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Malaysia.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
MUSE

Muse ialah sembilan dewi seni dan sains dalam

mitologi Yunani dan Rom. Dalam mitologi Yunani,

mereka ialah anak perempuan Zeus, raja dewa,

dan Mnemosyne, dewi ingatan. Setiap Muse

memerintah sesuatu seni atau sains. Calliope ialah

Muse puisi epik; Erato, puisi cinta; Euterpe, puisi

lirik; Melpomene, tragedi; Thalia, komedi; Clio,

sejarah; Urania, astronomi; Polyhymnia, lagu

kudus; dan Terpsichore, tarian.

Orang Yunani percaya dewi-dewi ini tinggal di

atas gunung Olympus dengan ketua mereka, dewa

Apollo. Muse ini sama seperti ketua mereka,

sentiasa muda dan cantik. Mereka boleh melihat ke

masa hadapan, yang tidak ramai dewa lain boleh

buat. Mereka juga mempunyai kebolehan

menghilangkan rasa sedih dan duka. Muse

mempunyai suara yang menyenangkan, merdu dan

selalu menyanyi sebagai koir. Penulis dan pelukis

awal Yunani memanggil Muse untuk inspirasi

sebelum memulakan kerja. Mana-mana satu atau

semua Muse ini boleh dipanggil untuk

mendapatkan bantuan, walaupun setiap seorang

mengawal seni atau sains yang khusus.

Dewi-dewi ini memainkan peranan penting

dalam mitologi Rom, walaupun Pemujaan Muse

oleh orang Rom adalah dipinjam daripada orang

Yunani. Orang Rom percaya bahawa Jupiter, raja

dewa mereka, adalah bapa Muse.

Beberapa perkataan berasal daripada perkataan

Yunani, Mousa bermakna Muse. Ia termasuk

museum , yang asalnya bermakna kuil Muse; dan

music , yang bermakna seni Muse.

UMUM 
TENGKU ABU BAKAR HUSNY

TENGKU ABU BAKAR HUSNY (1919 – 1983), wartawan Indonesia. Dia dilahirkan di Langkat, Sumatera, Indonesia. Tengku Abu Bakar Husny berasal daripada kerabat diraja. Bapanya bergelar Tengku Panglima Setia Raja. Dalam penulisan sastera, Tengku Abu Bakar Husny lebih dikenal dengan nama Arita Kasih, A.B. Kasih dan Area Jembel. Nama-nama seperti A.B. Husny, Area Jembel dan T.A.B. Husny digunakan untuk menulis rencana dan kritikan, sementara Arita Kasih digunakan untuk “sorotan cerpen” dalam majalah Mastika setiap bulan. Dalam penulisan rencana terutama yang menyentuh hal yang berkaitan dengan kesenian atau kebudayaan, sejarah, isu luar negara, kertas kerja dan buku mengenai Pujangga Amir Hamzah, dia menggunakan nama sebenarnya iaitu Tengku Abu Bakar Husny.

SASTERATokoh
AZIZ SATAR

AZIZ SATAR (1930 -     ), pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah dan penerbit filem. Dia lahir pada bulan Januari 1930 di Pekalongan, Surabaya, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Abdul Azez bin Satta. Dia mengikuti ayah dan ibunya berhijrah ke Singapura pada tahun 1934 semasa berumur empat tahun. Aziz bersekolah di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura hingga tamat Darjah Lima tetapi persekolahannya terhalang kerana meletusnya Perang Dunia Kedua. Dia pernah bekerja sebagai kedi golf, pemungut bola tenis, pemandu dan pelbagai kerja buruh sebelum memasuki dunia lakonan dan perfileman.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas