Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl kerja yg di­wajibkan membuatnya (dgn tiada diberi upah), kerah, (pekerjaan) rodi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
integrated campaignkempen bersepaduKomunikasiKorporatStrategi pelaksanaan kempen yang menggunakan kepelbagaian pendekatan dan gabungan organisasi yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu kempen. Kempen jenis ini biasanya melibatkan kos yang tinggi dan tenaga manusia yang ramai serta pihak lain yang berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan sesuatu kempen. Contohnya, kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini boleh melibatkan organisasi seperti Pasukan Keselamatan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kerja Raja, syarikat insurans, dan pihak pengurusan lebuh raya. Oleh itu, kempen jenis ini kerap menggunakan semua saluran media, sama ada media cetak, elektronik, atau komunikasi bersemuka. Tempoh dan peringkat pelaksanaan sesuatu kempen biasanya ditetapkan oleh jawatankuasa bersepadu yang terdiri daripada wakil organisasi yang terlibat. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memantau perjalanan dan keberkesanan kempen yang dilaksanakan. Kempen ini lebih bersifat khidmat awam. Kempen bersepadu juga digunakan oleh pihak swasta apabila beberapa syarikat berkongsi sumber kewangan dan tenaga manusia untuk melaksanakan sesuatu kempen bagi kepentingan bersama.
tualangtualangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama paiwai bagi kayu Koompassia excelsa daripada famili Leguminosae. Nama tempatan di Sabah mengaris, dan di Sarawak kayu raja dan tapang. Gubal kayu tualang berwarna coklat kekuningan, dan amat mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, kecuali pada bahagian yang mengandungi floem terkandung. Ira kayunya bersimpul atau sangat bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 865 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu lambat mengering serta mengalami retak hujung dan retak permukaan, sederhana tahan tetapi mudah diawet. Kayu tualang yang sudah diawet sesuai untuk kerja binaan berat seperti tiang, rasuk, kayu landasan kereta api, dan tiang eletrik. Kayu ini juga boleh digunakan untuk membuat lantai parket dan perabot kegunaan berat.

Kembali ke atas