Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata kerja wajib dalam ayat yang lengkap? Contohnya,adakah ayat ini ayat yang lengkap walaupun tiada kata kerja? Pelancong itu dari SwedenAyat yang lengkap tidak semestinya mempunyai kata kerja. Ayat "Pelancong itu dari Sweden" merupakan ayat lengkap.Lain-lain15.05.2023
jelaskan sedikit tentang penggunaan oleh ketika menggunakan imbuhan di...wajib atau optionalUntuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.Tatabahasa22.04.2010
1. Bapa saya pergi ke tempat kerja dengan memandu kereta/menaiki kereta. atau boleh diterima kedua-duanya? Terima kasih. 2. Bila kita bubuh nama pada kata nama yang akan bertukar menjadi kata nama khas, adakah semua huruf awal perkataan perlu tukar jadi huruf besar. Contoh: majalah Pintar sepatutnya Majalah Pintar. tahun/kelas 2 Bestari sepatutnya Tahun/Kelas 2 Bestari. 3. Adakah tanda titik wajib ditulis dalam singkatan? contohnya SK Taman Indah sepatutnya S.K. Taman Indah? pusat beli-belah Aeon sepatutnya Pusat Beli-Belah Aeon/AEON? Terima kasih atas tunjuk ajar Tuan supaya saya tidak salah didik anak-anak murid kita.

1. Kedua-dua perkataan, iaitu memandu kereta/menaiki kereta boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan.
2. Jika Majalah Pintar merupakan kata nama khas, permulaan perkataan perlu ditulis dengan huruf besar. Walau bagaimanapun, jika nama khas hanyalah nama majalah sahaja, iaitu Pintar, permulaan huruf bagi perkataan majalah, tidak boleh ditulis dengan huruf besar kecuali jika kedudukannya di hadapan ayat.  Contohnya, majalah Dewan Bahasa.
3. Penggunaan perkataan yang betul ialah Kelas 2 Bestari.
4. Penggunaan perkataan dan penulisan yang betul ialah SK Taman Indah.
5. Penggunaan perkataan dan penulisan yang betul ialah Pusat Beli-belah AEON.

Tatabahasa01.03.2021
Salam hormat. mohon pencerahan 1. Adakah imbuhan di wajib diikuti oleh kata sendi oleh? Contoh: dicipta oleh.. 2. Ayat yang manakah yang betul? a) Permainan itu dicipta orang Melayu pada ketika itu. b) Permainan itu ciptaan orang Melayu pada ketika itu. Terima kasihUntuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + Frasa Nama yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh ayat Permainan itu dicipta orang Melayu pada ketika itu dan ayat Permainan itu ciptaan orang Melayu pada ketika itu merupakan ayat yang betul. Tatabahasa22.02.2021
1. Apa beza penggunaan antara perkataan hingga dengan sehingga. 2. Dalam ayat pasif,penggunaan kata 'oleh'wajib atau tidak. contoh buku dibaca oleh Ahmad/buku dibaca Ahmad

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 'hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.

2.Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.

Tatabahasa03.05.2010
1.Beza mengangkat dan mengangkatkan dalam ayat 2. Penggunaan harus, patut dan mesti dalam ayat 3. Beza menjadi dan menjadikan dalam ayat 4. Beza memberI Dan memberikan dalam ayat1. Mengangkat bermaksud menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan 2. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain: 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): Perkataan mengangkatkan pula bermaksud mengangkat untuk. Contohnya tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat.

2. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2.boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu.
3. Perkataan menjadikan bermaksud menggunakan sebagai; membuat: Mereka telah menjadikan gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: 3 menyebabkan; menimbulkan: 4 mencipta; mewujudkan: Perkataan menjadi pula bermaksud dipilih atau diangkat sebagai; bekerja atau bertindak sbg 2 berubah kepada rupa (keadaan, bentuk dll) yang lain. 3 hidup (tumbuh) dengan suburnya; mendatangkan hasil yang banyak:
4. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta.
Tatabahasa22.07.2018
Adakah wujud sebarang perbezaan antara "Pasti" dan "Mesti" dari segi yang lebih terperinci? Mohon penjelasan.

Bunyi perkataan ini seakan-akan sama, tetapi maknanya lain sama sekali. Demikianlah kesimpulan yang dapat dibuat  tentang kata mesti dan pasti. Namun   demikian, dalam   penggunaan   masyarakat umum, sering kali keliru tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini.

Kata mesti bererti "wajib" atau "patut dilakukan". Dalam tatabahasa, kata ini tergolong dalam kata bantu ragam yang menyertai kata kerja. Sebaliknya, kata pasti  bererti "tentu" dan  tergolong dalam  kata adjektif. Contoh penggunaan kata mesti yang betul ialah:

  1.  Setiap anak mesti menghormati ibu bapanya.
  2.  Kamu mesti menyerahkan barang yang kamu temukan itu kepada polis.
  3.  Para pemohon jawatan ini mesti lulus Bahasa Melayu sekurang­-kurangnya dengan kepujian.
  4.  Budi yang baik mestilah dibalas baik juga.

(Semua ayat di atas menekankan makna "wajib".)

Penggunaan yang tepat bagi kata pasti adalah seperti yang berikut:

  1.  Jika tidak ada aral apa-apa, saya pasti hadir.
  2.  Orang yang berusaha dengan izin Allah pasti berjaya.
  3.  Setiap penulis pasti akan diberi sagu hati atau  royalti.
  4.  Di pasar raya, pqsti ada barang yang kamu cari itu.

 (Semua ayat  di atas menekankan  makna  "tentu")

 

 

Tatabahasa13.11.2020
Assalamualakum tuan/puan, sila rujuk soalan saya pada dokumen lampiranUntuk membuat permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my. Klik Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk dan pilih Daftar Iklan (rujuk Panduan Pelanggan untuk cara-cara permohonan iklan dan bayaran).

Berdasarkan lampiran yang disertakan, kami mencadangkan pembetulan seperti yang berikut:
1. Tukar kepada JOM SERTAI KAMI! atau JOM SERTAI PASUKAN KAMI!  (pilih salah satu yang bersesuaian).
2. Tukar kepada KERJA SERONOK, GAJI TINGGI.
3. Syarat dan Kelayakan  (gunakan d huruf kecil, dan).
4. Betulkan ayat Pemohon WAJIB lengkap dua dos vaksin COVID-19.
Lain-lain28.09.2021
Apakah peranan golongan intelektual untuk memperkasa bangsa Malaysia melalui Bahasa Melayu.

Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian tentang tajuk yang dibincangkan. Pertanyaan seperti ini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Walau bagaimanpun untuk maklumat awal, Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara. Setiap rakyat Malaysia wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh sebab itulah  pihak kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan serta pusat pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan perpaduan bangsa. Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua pihak (bukan hanya golongan intelektual) memperkasakan bangsa Malaysia melalui bahasa kebangsaan kita. Untuk maklumat lanjut rujuk makalah atau kertas kerja seminar yang berkitan dengan tajuk tersebut.

Lain-lain20.06.2011

Kembali ke atas