Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mandatory bargaining issuesisu tawar-menawar wajibPentadbiranTiadaIsu yang menjadi agenda wajib dalam proses tawar-menawar iaitu bayaran upah, masa bekerja, syarat dan keadaan kerja.
flexitimemasa boleh ubahPentadbiran PerniagaanTiadaJadual yang memerlukan pekerja bertugas semasa jam wajib hadir yang ditetapkan tetapi memberi kelonggaran pada waktu tiba dan pulang kerja.
administrative legislationperundangan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Set peraturan yang menetapkan prosedur dan tatacara kerja bagi mengawal pentadbiran sesebuah organisasi. Perundangan pentadbiran ialah garis panduan yang wajib dipatuhi dalam melaksanakan bidang tugas dengan teratur, cekap dan berkesan untuk memastikan tidak wujud sebarang bentuk salah tadbir, penyelewengan dan salah guna kuasa. Set peraturan ini menetapkan dan memperjelaskan perihal had, batas kuasa pentadbiran dan jenis tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran peraturan. Contohnya, sesuatu tindakan yang tidak sah seperti jenayah kolar putih dan pembocoran maklumat organisasi yang bercanggah dengan perundangan pentadbiran boleh dikemukakan ke mahkamah.

organisational culturebudaya organisasiPentadbiranTiadaPengamalan nilai-nilai kerja dan hubungan yang wujud dalam sesebuah organisasi. Budaya berbeza antara organisasi dengan organisasi yang lain berdasarkan saiz organisasi, bilangan kakitangan yang ada, bentuk kerja, persekitaran di mana organisasi itu berada dan kekuatan hubungan kemanusiaan yang wujud dalam organisasi tersebut. Impak budaya organisasi akan menyebabkan kekukuhan dan keruntuhan organisasi bergantung kepada kebijaksanaan pihak pengurusan atasan mengurus dan mentadbir organisasi. Contohnya, organisasi memutuskan untuk melaksanakan Hari Keluarga sebagai satu program wajib tahunan untuk kakitangan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, uniform kakitangan atau berkaitan ganjaran bonus tahunan untuk kakitangan cemerlang.
administrative procedure actakta tatacara pentadbiranPentadbiranTiadaSet peraturan dan undang-undang yang menjadi panduan kakitangan sesebuah organisasi dalam melaksanakan bidang tugas yang diamanahkan. Akta tatacara pentadbiran merangkumi pelbagai elemen khusus yang wajib dipatuhi seperti hal yang berkaitan lantikan dan kenaikan pangkat, pengesahan dalam jawatan, penamatan kerja, kelakuan dan tatatertib, tatacara kewangan, hal ehwal perubatan dan prosedur mesyuarat. Akta tatacara pentadbiran bertindak mengawal pelaksanaan sesuatu bidang tugas dan dapat memastikan hal ehwal pentadbiran mencapai tahap kredibiliti yang tinggi, imej yang bersih dan berintegriti. Pelanggaran terhadap akta tatacara pentadbiran boleh dikenakan tindakan undang-undang dan tatatertib. Contohnya, Perintah Am, Akta Acara Kewangan, Arahan Perkhidmatan dan Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor. Sinonim akta prosedur pentadbiran.

Kembali ke atas