Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.ja.ya] | کرجاي

Definisi : 1. perjalanan atau kemajuan seseorang dlm sesuatu lapangan kehidupan: ~ Churchill sbg ahli politik; 2. profesion atau pekerjaan yg dipilih sbg cara mencari nafkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.ja.ya] | کرجاي

Definisi : 1 perkembangan dan kemajuan seseorang (golongan dll). 2 usaha atau cara mencari nafkah (dgn makan gaji, berniaga dsb). berkerjaya mempunyai kerjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerjaya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"kesinambungan kerjaya beliau terserlah" adakah frasa tatabahasa tersebut betul?Dari segi tatabahasa, frasa ini betul tetapi dari segi semantik, frasa ini tidak ada makna. Kamus Dewan mentakrifkan kesinambungan sebagai  perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan.Tatabahasa22.07.2010
Apa bidang kerjaya yang di paparkan dalam artikel ini.​Assalamualaikum,

Puan boleh melayari laman web DBP http://lamanweb.dbp.gov.my (di ruangan maklumat skim perkhidmatan) untuk maklumat lanjut berkenaan bidang yang berkaitan dengan jawatan kosong tersebut
Lain-lain16.03.2020
Assalamualaikum Adik saya seorang lepasan jurusan ijazah sarjana muda bahasa arab dan kesusasteraan di UIAM .apakah prospek kerjaya jurusan adik saya ini, di DBP atau dimana mana sektor pekerjaan? mohon nasihat..Untuk maklumat lanjut, kunjungi Karnival kerjaya yang diadakan, juga lihat pemakluman dalam akhbar tentang peluang kerjaya yang sesuai. Sebarang kekosongan jawatan di DBP akan diiklankan dalam akhbar harian utama Negara dan laman web kami www.dbp.gov.my.Lain-lain03.03.2015
Apakah kerjaya yang melibatkan bidang sastera?Bidang sastera suatu disiplin ilmu yang dipelajari  bersama-sama disiplin lain di Institusi Pengajian Tinggi. Umumnya pengkhususan sastera dalam peringkat sarjana atau doktor falsafah , yang memungkinkan pemegangnya menjadi pensyarah atau sebagainya. Kerjaya lain yang melibatkan sastera termasuklah penulis sepenuh masa dalam bidang kreatif imaginatif seperti novel, cerpen, puisi, yang menjajikan pendapatan sekiranya diterima untuk penerbitan. Seelok-eloknya seseorang yang  berkelulusan sastera harus mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ekonomi, pentadbiran, kewangan, undang- undang, sekadar beberapa contoh agar dapat menghasilkan karya yang bertemakan isu semasa sebagaimana pengarang-pengarang Barat. Di Amerika umpamanya, penulis seperti John Grisham adalah pengamal undang-undang dan sebab itulah beliau dapat menggarap persoalan undang-undang dalam karyanya.     Lain-lain11.08.2008
Bagaimana menulis nama seminar, perlu diitalikkan atau diletakkan tanda petik tunggal? Contoh: 'Seminar Kerjaya.'Nama seminar/tajuk tidak perlu ditulis condong, cukup sekadar ditulis dengan huruf besar pada awal kata seperti "Seminar Kerjaya".Ejaan13.09.2011
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR PERAMAL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIATajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA.Tatabahasa20.08.2019
salam....saya nak bertaya pandangan pihak DBP mengenai tugasan asgment saya...apakah pandangan pihak tuan jika Kementerian Pendidikan mengarahkan guru b.melayu mengajar dalam bahasa inggeris....

Terlebih dahuli saya ingin tahu sama ada kerjaya sdr guru (pendidik)? Jika kerjaya sdr guru sudah tentu sdr mendapat pendidikan yang sempurna dalam bidang tersebut. Contoh pedagogi pendidikan, kaedah mengajar, kaedah belajar, motivasi, pembelajaran aktif, pembelajaran pasif, pengajaran berpusatkan murid, pembelajaran berpusatkan guru. Bagaimana impak teknologi dalam pendidikan. Di mana pertemuan antara pedagogi dengan teknologi (ICT). Pedagogi pendidikan menggunakan ICT dan banyak lagi teori-teori pendidikan yang perlu dikuasai oleh guru sebelum menjadi guru yang berjaya. Jika guru menguasai pedagogi pendidikan sudah tentu ia boleh mengajar bidang apa sahaja yang diarahkan dengan syarat mereka menguasai bidang tersebut. Tidak semestinya guru Bahasa Melayu hanya meguasai bidang Bahasa Melayu sahaja. Sistem pembelajaran kita juga memerlukan murid mengambil beberapa subjek yang telah ditetapkan dan perlu lulus dalam subjek tersebut. Mustahil seorang guru hanya mempelajari Bahasa Melayu sahaja sepanjang pembelajarannya di alam persekolahan. Oleh itu sepatutnya tiada masalah guru Bahasa Melayu mengajar Bahasa Inggeris. Guru yang tidak menguasai Bahasa Inggeris sepatutnya belajar menguasai bahasa tersebut. Bermakna guru sekarang ini perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Guru juga perlu aktif saperti juga bagaimana kita harap murid aktif belajar.

 

Lain-lain18.03.2011
Saya ingin mendapatkan padanan yang sesuai bagi career engagement memandangkan pelajar-pelajar masih belum terlibat dalam kerjaya. Contoh ayat penggunaan career engagement adalah : This study addresses intraindividual changes in career engagement among university students. Career Engagement scale is a measure of the degree to which somebody is proactively developing his career as expressed by diverse career behaviors. Terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan/puan.Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan “keterlibatan kerjaya” digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi career engagement.Istilah14.03.2018
Mohon semak adalkah betul penggunaan ayat berikut: 1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai kemajuan kerjaya pegawai dan warga kerja IKIM. ayat yang dibold kan itu salah ke betul atau lewah? Mohon pencerahan. terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Ayat tersebut lewah.

Ayat yang betul:

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai kemajuan kerjaya pegawai dan warga kerja IKIM.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.08.2017
Assalamualaikum, mohon semakan ayat berikut: "Program ini bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Animasi 2D malahan dapat mengimplementasikan ke dalam kerjaya di dalam bidang berkaitan Multimedia Kreatif." Terima kasih. Munirah binti Ahmad Zaki Kolej Komuniti Kuala LangatAyat yang betul: "Program ini bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang animasi 2D, malah dapat diterapkan dalam kerjaya yg berkaitan dgn multimedia kreatif."Lain-lain19.01.2021
12345

Kembali ke atas