Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB, bp (gambar) mahkota. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keron


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
keroncongkeroncongMuzikTiada

 Genre muzik sosial yang berasal dari Betawi, iaitu Jakarta pada abad ke-16 dan abad ke-17. Pada masa itu, keroncong dinyanyikan oleh kaum lelaki Serani kelas bawahan yang diberi gelaran Buaya Keroncong. Mereka berjalan-jalan di ban­dar sambil menyanyikan lagu keroncong pantun kasih sayang kepada kaum wanita. Ensembel dan idiom keroncong diiringi penyanyi, biola, flut, cak dan cuk, gitar, celo dan dabal bes. Flut memainkan melodi secara heterofoni, sementara dua gitar kecil, iaitu cak dan cuk bermain silih berganti seperti saron dan bonang. Alat muzik gitar berfungsi untuk melengkapkan irama, celo dimainkan secara pizzicato, iaitu meniru rentak gendang manakala dabal bes pula memainkan not bes. Contoh beberapa jenis keroncong ialah keroncong asal (keroncong asli Jawa), keroncong stambul (keroncong yang dipersembahkan dalam teater komedi stambul) dan keroncong langgam (keroncong lain yang bukan keron­cong asli atau keroncong stambul yang dimainkan dalam idiom dan instrumentasi keroncong). Langgam Jawa, iaitu keroncong langgam yang berasal dari Jawa Tengah yang mempunyai sistem tiunan berasaskan skel pelog dan gaya instrumentasinya mengikut muzik gamelan Jawa. Sinonim kroncong.


Kembali ke atas