Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.rong.sang] | کروڠسڠ

Definisi : sj perhiasan drpd emas dll yg disematkan pd dada baju; berkerongsang memakai (tersemat dgn) kerongsang: gigi yg bersumbi emas, baju yg ~ berlian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.rong.sang] | کروڠسڠ

Definisi : perhiasan (dibuat drpd emas dll) yg disematkan pd baju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerongsang


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Tolong bantu saya. 1) Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk kerongsang? Dalam Kamus Dewan. rawan untuk kancing baju, adakah penggunaan rawan juga sesuai untuk kerongsang? Atau, kerongsang tidak perlu ada penjodoh bilangan? 2)Yang mana satukah yang betul? a) sebentuk anak kunci, atau b) sebatang anak kunci? a) sebuah ibu kunci/mangga, atau b) sebentuk ibu kunci/mangga,atau c) tidak perlu penjodoh bilangan? 3)Adakah apa-apa kesilapan dalam ayat ini? 'Sampah sarap itu berpunca daripada sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab' Terima kasih.

Penggunaan penjodoh bilangan lazimnya bergantung kepada bentuk fizikal bahan tersebut. Melihat kepada fizikal kerongsang penjodoh bilangan yang sesuai ialah bentuk. Walau bagaimanapun jika bentuk fizikal kerongsang seperti kancing baju maka boleh digunakan rawan sebagai penjodoh bilangannya. Begitu juga dengan penjodoh bilangan untuk anak kunci boleh digunakan sebentuk atau sebatang, lihat kepada bentuk fizikalnya. Kami telah beberapa kali menerima pertanyaan tentang soalan ini, kami cadangkan suadara rujuk kepada Majlis Peperiksaan atau Jabatan Pelajaran Negeri yang menyediakan soalan tersebut.

Tatabahasa03.08.2011
apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk kerongsang?Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebentuk kerongsang.Tatabahasa26.07.2011
Salam. tuan, apakah penjodoh bilangan bagi kerongsang.Terima kasih.Penjodoh bilangan yang boleh digunakan untuk kerongsang ialah bentuk.Tatabahasa31.07.2011
Adakah ayat ini betul-Sepasang kerongsang telah dibeli oleh Halim untuk dihadiahi kepada isterinya.Ayat yang gramatis ialah "sepasang kerongsang telah dibeli oleh Halim untuk dihadiahkan kepada isterinya".Tatabahasa09.10.2012
Penjodoh bilangan apa yang sesuai untuk kerongsangPenjodoh bilangan bentuk  boleh digunakan untuk kerongsang, cincin, mata kail dan subang.Tatabahasa29.01.2015
sebuti kerongsang. adakah "sebuti" itu betul diguna? terima kasih.Lazimnya perkataan butir digunakan untuk penjodoh bilangan bagi barang-barang kecil yang bulat, seperti sebutir telur dan dua butir peluru. Berdasarkan contoh penggunaan penjodoh bilangan tersebut, butir tidak sesuai untuk kerongsang kerana bentuknya yang agak nipis dan mungkin bulat, tiga segi dan sebagainya.Tatabahasa08.08.2011
mengapakah perkatan seperti cekodok, kerongsang, teropong, tidak dieja mengikut pola keselarasan vokal?Bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, hanya dua suku kata terakhir sahaja yang diambil kira. Oleh itu, kata cekodok, kerongsang dan teropong adalah mengikut pola keselarasan vokal. Tatabahasa08.08.2008
mohon penjelasan berkaitan penjodoh bilangan. soalan : Ali menjumpai ................. kunci dan .............. keronsang mutiara di dalam laci almari lama neneknya. adakah sebentuk kunci dan serawan keronsang sesuai digunakan. jika tidak apakah penjodoh bilangan yang sesuai.Kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan berdasarkan bilangan dan bentuk benda tersebut. Penjodoh bilangan untuk kunci boleh juga sebatang (untuk satu) dan segugus sekiranya dalam bilangan yang banyak. Sebentuk juga boleh digunakan untuk kerongsang.Tatabahasa26.07.2011

Kembali ke atas