Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ru.gian] | کروݢين

Definisi : 1. mengalami (menanggung, men­derita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan me­nimpa mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ru.gian] | کروݢين

Definisi : 1 menanggung atau menderita rugi: Dlm masa enam bulan saja, syarikat itu telah ~ lima puluh ribu ringgit. 2 keadaan atau hal rugi; lw keuntungan: ~ ditaksir sebanyak setengah juta ringgit. 3 sesuatu yg mendatangkan rugi: Kematiannya itu merupakan suatu ~ yg besar kpd negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,

Peribahasa

Berkelahi dulu pendapatan,
     berkelahi kemudian kerugian.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).

 

Lihat selanjutnya...(41)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bankrapbankruptKeadaan seseorang yang berada dalam kerugian dan tidak mampu menyelesaikan hutang. Bankrap dikenali juga sebagai muflis.Sekolah Rendah
risikoriskKeadaan yang tidak dijangka tentang sesuatu kerugian atau cabaran dalam perniagaan.Sekolah Rendah

Kembali ke atas