Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ru.gian] | کروݢين

Definisi : 1. mengalami (menanggung, men­derita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan me­nimpa mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ru.gian] | کروݢين

Definisi : 1 menanggung atau menderita rugi: Dlm masa enam bulan saja, syarikat itu telah ~ lima puluh ribu ringgit. 2 keadaan atau hal rugi; lw keuntungan: ~ ditaksir sebanyak setengah juta ringgit. 3 sesuatu yg mendatangkan rugi: Kematiannya itu merupakan suatu ~ yg besar kpd negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,

Peribahasa

Berkelahi dulu pendapatan,
     berkelahi kemudian kerugian.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).

 

Lihat selanjutnya...(41)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loss rationisbah kerugianinsuransTiadaPerbandingan di antara kerugian dengan premium berbayar. Pengatas (kerugian) adalah sama ada kerugian tertanggung atau kerugian berbayar dan pembawah (premium) adalah sama ada premium terperoleh atau bertulis, bergantung ke atas penggunaan nisbah kerugian tersebut.
ghabnkerugianPerniagaan IslamTiadaKerugian yang dialami oleh penjual atau pembeli dalam urusan perniagaan. Contohnya, menjual produk dengan harga yang rendah atau membeli produk dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran. Kerugian terbahagi kepada dua, iaitu kerugian besar dan kerugian kecil. Lihat juga ghabn fahish, ghabn yasir, khasarat.
stop loss reinsurancereinsurans kerugian tersukatinsuransTiadaReinsurans yang akan membayar kepada syarikat mengesid kerugian dalam sebarang tahun apabila kerugian melebihi nisbah kerugian atau amaun yang ditetapkan.
stop loss reinsuranceinsurans semula kerugian tersukatPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans semula yang akan membayar kepada syarikat mengesid kerugian dalam sebarang tahun apabila kerugian melebihi nisbah kerugian atau amaun yang ditetapkan.
loss adjustment expensesbelanja penyelarasan kerugianinsuransTiadaKos bagi menyelaraskan sesuatu kerugian tidak termasuk jumlah kerugian tersebut.
loss adjustment expensesbelanja penyelarasan kerugianPentadbiran PerniagaanTiadaKos bagi menyelaraskan sesuatu kerugian tidak termasuk jumlah kerugian tersebut.
commutation clausefasal komutasiPentadbiran PerniagaanTiadaFasal yang membuat anggaran pembayaran dan pelepasan mutlak segala tanggungjawab masa hadapan bagi kerugian reinsurans atau kerugian yang dialami, tanpa mengambil kira sifat berlanjutan sesetengah kerugian. Biasanya fasal ini terdapat di dalam triti Lloyd.
loss limitationbatasan kerugianinsuransTiadaRumus pengkadaran retrospektif untuk mengehadkan kesan kerugian malapetaka. Tanpa batasan ini, kerugian malapetaka akan diambil kira secara menyeluruh dalam pengiraan terakhir premium retrospektif.
loss limitationbatasan kerugianPentadbiran PerniagaanTiadaRumus pengadaran retrospektif untuk mengehadkan kesan kerugian malapetaka. Tanpa batasan ini, kerugian malapetaka akan diambil kira secara menyeluruh dalam pengiraan terakhir premium retrospektif.
excess loss premium factorfaktor premium kerugian lebihaninsuransTiadaFaktor pengiraan untuk mengganti rugi insurer apabila insured telah memilih untuk mengehadkan kesan sebarang kerugian besar di bawah rumus pengkadaran retrospektif. Contoh: insured mungkin memilih had kerugian sebayak RM50 000. Ini bermakna bahawa amaun maksimum setiap kerugian yang akan diambil kira dalam pengiraan retrospektif ialah RM50 000.
12345678910...

Kembali ke atas