Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ru.si] | کروسي

Definisi : 1. sj tempat duduk yg ada kaki dan tempat bersandar (dan biasanya juga tempat meletakkan tangan); 2. ki kedudukan (dlm persidangan, Parlimen, dll), jawatan: parti pembangkang mendapat beberapa buah ~ dlm Majlis-Majlis Undangan Negeri; Malaysia telah melantik wakilnya utk menduduki ~ dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; berebut ~ berebut (menerusi pilihan raya dll) utk mendapat kedudukan dlm Parlimen (majlis undangan, persidangan, dll); 3. (Eko) keahlian seseorang atau organisasi dlm sesuatu bursa saham; ~ anjal sj kerusi yg dapat melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika kecemas­an; ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah menjalani hukuman mati; ~ goyang kerusi yg boleh bergoyang-goyang apabila diduduki orang; ~ lenting kerusi anjal; ~ malas kerusi yg menganjur panjang (utk berbaring); ~ panas ki a) kedudukan seseorang dlm sesuatu jawatan tertinggi yg me­merlukan seseorang itu memikul tanggung­jawab yg berat, berisiko tinggi serta perlu membuat keputusan dan tindakan dgn segera; b) jawatan atau kedudukan tertinggi dlm sesuatu persatuan, pertubuhan, pertandingan dll yg menjadi rebutan atau selalu bertukar ganti penjawatnya: ~ panas pengurus skuad badminton negara; ~ panjang kerusi yg panjang (digunakan sbg pembaringan atau tempat duduk bagi dua atau tiga orang); ~ rehat = ~ seti kerusi atau tempat duduk panjang (utk dua atau tiga orang); ~ roda sj kerusi beroda utk kegunaan orang cacat anggota atau orang sakit; ~ serang (Marin) sj kerusi kayu yg digunakan utk menurunkan atau menaikkan pekerja ketika menyenggara atau mengecat kapal; ~ tangan kerusi yg mempunyai pemegang di sisinya (utk meletakkan tangan); ~ urut kerusi yg direka bentuk khas utk mengurut bahagian tertentu badan secara getaran; mempengerusikan 1. menjadi atau berlaku sbg ketua persidangan (perhimpunan, me­syuarat, dsb), memimpin, atau mengendalikan mesyuarat dsb (supaya segala perbincangan dan urusan berjalan dgn licin dan teratur): Perdana Menteri membuat pengumuman demikian sejurus setelah ~ sidang mingguan kabinet; 2. mengetuai dan memimpin (per­tubuhan, suruhanjaya, jawatankuasa, dll): Suruhanjaya ini di pengerusikan oleh Hakim Besar; pengerusi 1. ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertu­buhan dll): ~ Lembaga Pengarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ru.si] | کروسي

Definisi : 1 tempat duduk yg diberi berkaki serta tempat bersandar (kadang-kadang diberi tempat letak tangan juga): ~ malas kerusi yg dpt dianjurkan supaya menjadi panjang utk tempat berbaring dsb. 2 ki kedudukan atau jawatan (dlm mesyuarat, parlimen dll): Parti pembangkang telah mendapat lima buah ~ dlm pilihan raya itu. ~ anjal kerusi yg dpt melentingkan juruterbang keluar dr pesawat ketika berlaku kecemasan. ~ elektrik kerusi bercas elektrik tempat penjenayah (pesalah) menjalani hukuman mati. pengerusi 1 ketua dlm mesyuarat dll. 2 pemimpin jawatankuasa, pertubuhan dll: ~ Lembaga Pengelola. mempengerusikan 1 mengendalikan atau menjadi ketua dlm mesyuarat dll: Timbalan Perdana Menteri telah ~ sidang mingguan kabinet. 2 mengetuai jawatankuasa, pertubuhan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerusi (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatan: kedudukan

2. Bersinonim dengan seliri: bangku, sofa, amben, balai,

3. Bersinonim dengan takhta: singgahsana

Kata Terbitan : mempengerusikan, pengerusi,

Puisi
 

Ambil kerusi dalam puan,
     Alun-alun tepi jeraya;
Sampai hati kakanda tuan,
     Dibuang lalu kepada saya.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
deck-chairkursi geladakkerusi dek, kerusi geladakkerusi geladakPertanian
bean-bag dental chairkerusi gigi berbijiankerusi pergigian beg-kekacangkerusi pergigian beg kekacangPerubatan
barber's chairtunggul kerusiTiadatunggul kerusiPerhutanan
wheel chairkerusi rodaTiadakerusi beroda/wheel chairPerubatan
sliding seatkursi geserkerusi gelongsorkerusi gelongsorKejuruteraan
baby seatkursi bayikerusi anak damitkerusi bayiKejuruteraan
window seatkursi jendelakerusi jendelakerusi jendelaKejuruteraan Kapal Terbang
aisle seatkursi gangkerusi laluankerusi laluanKejuruteraan Kapal Terbang
ejection seatkursi lontarkerusi lentingkerusi lentingAeroangkasa
marginal seatkursi marginalkerusi marginalkerusi marginalSains Politik
123

Kembali ke atas