Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kérut); kerang-~; ®kerang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. lipatan (pd kulit dll), kedut (pd kulit di dahi dll), gelembur: wajahnya membayangkan kesedihan dan di dahinya penuh ~; 2. Mn keriting, ikal (rambut); ~ kering sangat kering serta lisut; ~-merut a) banyak kerutnya; b) kusut (fikiran), kacau, dan bingung (fikiran, hati); c) banyak dusta­nya (bkn kata-kata); berkerut, berkerut-kerut, terkerut 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); mengerut 1. menjadi berkerut (bkn kulit): kulitnya mulai ~; 2. menjadi bertambah kecil (pendek dll), mengecut (otot dll); mengerutkan 1. mengedutkan (kening atau dahi), menggelemburkan (kulit dll): orang-orang yg disoal polis kelihatan ~ kening seolah-olah memikir-mikir sesuatu; 2. menge­cutkan, memendekkan (sesuatu yg boleh memanjang memendek spt otot dll); kerutan perihal (keadaan) berkerut-kerut, kedutan, lipatan (pd kulit): masih muda perempuan itu tetapi telah kelihatan beberapa ~ di dahinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi menggoreskan sesuatu yg tajam pd benda keras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kedut pd kulit dahi dll. berkerut tidak licin (bkn kulit dll); berkedut: Dahinya sudah mula ~. mengerut menjadi semakin kecil atau pendek; mengecut (bkn otot dll). mengerutkan menjadikan sesuatu berkerut; mengecutkan atau memendekkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerut (adjektif)
Bersinonim dengan kedut, ikal, keriting, lipat-lipatan, gelembur;,
Kata Terbitan : berkerut, kerutan, mengerutkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cocklekerutKesenianTiadaTiada
frost ribkerut ibunPerhutananTiadaTiada
nasal grimacekerut hidungSains KesihatanTiadaPerbuatan mengerutkan hidung semasa menghasilkan bunyi disebabkan masalah lelangit rekah.
cockled yarnyarn kerutKesenianTiadaTiada
puckered effectkesan kerutKesenianTiadaTiada
puckered clothkain kerutKesenianTiadaTiada
cockled selvedgetepi kain kerutKesenianTiadaTiada
shriveberkeriputPentadbiran PerniagaanTiadaMenjadi kering dan berkerut-kerut atau berkedut-kedut kerana haba, kering atau tua.
creasekedutPentadbiran PerniagaanTiada1. Garis, lekuk atau renyuk kain, kertas dan sebagainya.,2. Kerut pada kulit muka dan lain-lain.
plicae villosae ventriculiplikae vilosae ventrikuliBiologiHistologi dan SitologiLipatan vilus perut, iaitu rangkaian kerut halus yang menandai bahagian-bahagian perut.

Kembali ke atas