Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kerut-kerut;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan “memek muka” dapat membantu keberkesanan komunikasi. “Memek muka”, “mimik muka” atau ada perkataan lain?Memek muka ialah kerut muka seseorang kerana sesuatu perasaan sama ada hendak menangis, risau, geli hati dan sebagainya. Menurut rujukan kami, tiada perkataan lain selain memek muka.Lain-lain19.01.2009
Apakah maksud 'berkeredut'? Saya nak tahu tetapi saya tidak boleh cari makna kata itu.Keredut merupakan bahasa sukuan Melanau Mukah yang membawa maksud renyuk atau kerut.Makna03.01.2016
Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut

Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan.
 

berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut);

berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu;
Lain-lain23.07.2009

Kembali ke atas