Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kés] | کيس

Definisi : (kés) 1. perkara, hal, kejadian: ~ rompakan itu akan dibawa ke mahkamah rendah; beberapa ~ penyakit itu telah didapati dlm kawasan ibu kota; 2. (Udg) prosiding di mah­kamah yg melibatkan persoalan undang­undang dan ekuiti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kés] | کيس

Definisi : (kés) bp tunai, kontan; wang ~ wang tunai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kés] | کيس

Definisi : /kés/ perkara yg berlaku; keadaan khusus yg berhubung dgn seseorang atau sesuatu hal; kejadian; hal: ~ rompakan; ~ demam denggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kes (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan hal, kejadian, peristiwa, perkara.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan istilah 'Merungkai'. Dalam kes Mahkamah, Consolidate Cases bermaksud Penyatuan Kes / Kes-Kes Yang Telah Digabungkan. Bagaimana dengan 'Disconsolidate Case? Benarkah frasa MERUNGKAI PENYATUAN KES bersamaan dengan maksud DISCONSOLIDATE CASE?

Untuk makluman, istilah "consolidate cases" dan "disconsolidate cases" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Sila berikan konsep atau maksud "disconsolidate case" supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai.

Istilah09.11.2016
Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara, dengan hari-hari tersebut masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes.Ayat yang betul ialah "Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara yang masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes."Tatabahasa06.07.2021
Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara, dengan hari-hari tersebut masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes. Betulkah ayat di atas?Ayat yang betul ialah Pada 2 dan 3 April, terdapat sedikit peningkatan drastik kes-kes harian di dalam negara yang masing-masing mencatatkan 208 dan 217 kes.Tatabahasa06.07.2021
Tepat atau tidak ayat di bawah: Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengenalpasti beberapa garis panduan untuk diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan adjudikasi kes-kes pertikaian.Ayat yang betul : Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti beberapa garis panduan bagi diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepat adjudikasi kes-kes pertikaian.Tatabahasa12.05.2008
SAYA BERHASRAT UNTUK MEMBUAT PENULISAN DAN PENERBITAN BUKU SECARA TERHAD BERKAITAN TOPIK TEKNIK OPERASI BERDASARKAN PERKONGSIAN KEJAYAAN KES-KES TERTENTU YANG TELAH DILAKSANAKAN SERTA COPYRIGHT BAGI TEKNIK YANG TELAH DIGUNAKAN. MOHON BANTUAN KHIDMAT NASIHAT DAN BANTUAN DI DALAM PERKARA INI SERTA BERSEDIA UNTUK MENGADAKAN PERBINCANGAN LANJUT DENGAN PIHAK TUAN YANG BERKENAAN.Salam sejahtera,

PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun)

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my

 

Lain-lain01.12.2021
Salam, untuk kata "memperindah," PRPM menyebut "Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperindah." Akan tetapi, takrifan ada diberikan. Saya dapati ada kes-kes seperti ini. http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memperindah+ PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya, selain daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Dewan Perdana dan kamus-kamus lain terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala tesaurus pula ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti atau sinonim dan kata yang berkaitan maknanya, yang disusun mengikut sistem atau olahan tertentu. Sehubungan dengan itu, disebabkan fungsinya yang berbeza, tidak semua kata yang terakam dalam PRPM dilengkapi dengan maklumat tesaurus, termasuk perkataan “memperindah”.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tesaurus, sila rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu. Tesaurus tersebut mengandungi kira-kira 5,400 entri utama dan 18,000 subentri yang dilengkapkan dengan pilihan sinonim dan kata-kata yang berkaitan serta lebih tersusun dan jelas berdasarkan pecahan makna dan kolokasi, selain dilengkapi  dengan kelas kata dan label geografi.
Lain-lain19.02.2022
adakah ayat-ayat di bawah tepat, mohon cadangan ayat yang betul: 1. Adalah penting bahawa kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini. 2. Kerana maqasid didapati daripada nas secara induksi, maslahah akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid, sebagaimana disyorkan ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut,karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

Berdasarkan semakan kami, cadangan ayat yang betul ialah: 1. Kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini adalah amat penting. 2. Oleh sebab maqasid syariah didapati daripada nas secara induksi, maka maslahat akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid syariah sebagaimana yang disyorkan oleh ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut, karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

 

Tatabahasa03.11.2022
Tuan adakah ayat songsang di bawah ini gramatis 4. Kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan meningkat kenapa? • mengapakah meningkat kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan? • mengapakah meningkat pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya? • pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya kenapa meningkat? • pada musim perayaan kenapa meningkat kes kemalangan jalan raya? 5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malayisa. • lebih digemari oleh rakyat Malaysia kereta jenama Jepun iaitu Mazda • lebih digemari kereta jenama Jepun iaitu Mazda rakyat Malaysia adakah ada jawapan lain untuk soalan no.5?

Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan. Pola ayat songsang ialah predikat + subjek.

Ayat yang betul dan ayat songsang.

4. Mengapakah Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan?
  •  Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan Mengapa?

5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malaysiia
  • Lebih digemari oleh Rakyat Malaysia, Kereta Buatan Jepun iaitu Mazda.

Walau bagaimanapun, untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang ayat songsang tersebut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. 

Tatabahasa17.06.2020
kes kecurian atau kes pencurian? apakah perbezaan antara kecurian dengan pencurian? sila beri cth, terima kasih.Pencurian bermaksud perbuatan atau hal mencuri. Kecurian pula bermaksud kehilangan harta benda kerana kena curi.Tatabahasa31.07.2013
Betulkah ayat di bawah? perlukah koma sebelum 'manakala'? Dengan lebih 250,000 kes yang disahkan, lebih 50,000 kes aktif, dan lebih 900 kematian, Malaysia kini berada di tempat ketiga dalam jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia dan Filipina manakala berada di tempat keempat dalam jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara di belakang Indonesia, Filipina dan Myanmar.1. Ayat yang betul ialah Terdapat lebih 250,000 kes keseluruhan COVID-19 telah disahkan, iaitu lebih 50,000 kes aktif dan lebih 900 kes kematian. Sehingga kini, Malaysia berada di tempat ketiga bagi jumlah kes jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia dan Filipina dan tempat keempat bagi jumlah kematian akibat COVID-19 di Asia Tenggara selepas Indonesia, Filipina dan Myanmar.
2. Ada tanda koma sebelum perkataan manakala. Contohnya, Encik Nasharuddin peguam dalam bidang syariah, manakala abangnya dalam bidang sivil.
Tatabahasa11.02.2021
12345678910...

Kembali ke atas