Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kés] | کيس

Definisi : (kés) 1. perkara, hal, kejadian: ~ rompakan itu akan dibawa ke mahkamah rendah; beberapa ~ penyakit itu telah didapati dlm kawasan ibu kota; 2. (Udg) prosiding di mah­kamah yg melibatkan persoalan undang­undang dan ekuiti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kés] | کيس

Definisi : (kés) bp tunai, kontan; wang ~ wang tunai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kés] | کيس

Definisi : /kés/ perkara yg berlaku; keadaan khusus yg berhubung dgn seseorang atau sesuatu hal; kejadian; hal: ~ rompakan; ~ demam denggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kes (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan hal, kejadian, peristiwa, perkara.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
postal investigationpenyiasatan posPentadbiran PerniagaanTiadaTugas menyiasat kes-kes penyelewengan yang berlaku dalam perkhidmatan pos.
anecdotal reportinglaporan anekdotPerubatanTiadaLaporan yang berdasarkan kes-kes terasing tanpa kajian yang terkawal. Dalam bidang perubatan, laporan ini berguna sebagai perintis untuk penemuan baru yang perlu dibuktikan dengan kajian saintifik yang menyeluruh. Ia tidak seharusnya digunakan untuk menukarkan amalan yang sedia ada.
Ginnie MaeGinnie MaePentadbiran PerniagaanTiadayang bertanggungjawab membeli gadai janji dan dalam kes-kes tertentu menjamin bayaran pokok dan faedah.
white-box testingujian kotak putihTeknologi MaklumatTiadaKaedah ujian perisian pada aras modul, bagi kes-kes ujian yang didapati daripada struktur atur cara.
allocation of chargeperuntukan cajPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan hasil cukai pembahagian yang diperolehi oleh pentadbiran pos tertentu kecuali kes-kes yang ditentukan oleh akta UPU.
deep breathing exercisessenaman pernafasan dalamPerubatanTiadaLatihan pernafasan yang dalam bagi mengelakkan infeksi paru-paru, yang digalakkan untuk kes-kes sebelum dan selepas pembedahan.
community spreadperebakan komunitiKesihatan AwamTiadaPenyebaran penyakit berjangkit dalam satu komuniti yang tiada hubungan yang diketahui dengan individu yang dijangkiti atau baru mengembara ke satu kawasan yang mempunyai penyakit kes-kes yang didokumenkan.
facultative retakafultakaful semula fakultatifEkonomiEkonomi IslamPemindahan risiko dari syarikat pengendali takaful kepada syarikat takaful semula berdasarkan kes demi kes melalui proses pengunderaitan. Apabila syarikat pengendali takaful menerima beberapa permohonan perlindungan takaful yang melebihi had bendungan, syarikat tersebut boleh mempertimbangkan permohonan itu satu persatu sama ada untuk memindahkan sebahagian atau semua risiko tersebut kepada syarikat takaful semula. Pada masa yang sama, syarikat takaful semula berhak untuk mempertimbangkan sama ada menerima atau menolak risiko yang dicadangkan oleh pengendali takaful mengikut kes demi kes. Sekiranya kes pemindahan risiko yang dicadangkan oleh pengendali takaful diterima oleh syarikat takaful semula, maka satu akad takaful semula ditandatangani dan dinamakan sebagai takaful semula fakultatif.
case-for-case matchingpemadanan kes-dengan-kesVeterinarTiadaTiada
ad hoc judgehakim ad hocUndang-undangUndang-undang AntarabangsaHakim yang dilantik khusus untuk sesuatu kes sahaja dan tempoh pemegangan jawatannya berakhir setelah selesainya kes tersebut. Contohnya, dalam kes pertikaian Batu Putih, terdapat dua orang hakim ad hoc yang masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura turut terlibat dalam membuat pengadilan dalam kes tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas