Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sah] | کسه

Definisi : ternyata atau terlahirnya rasa gelisah (kesal, runsing, dll); mengesah melahirkan perasaan gelisah (kesal, tidak tenteram, dll), mengeluh; ®keluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kesah
Kata Terbitan : mengesah,

Peribahasa

Katak ditimpa kemarau.

Bermaksud :

Berkeluh kesah dengan tidak keruan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam percakapan seharian, terdapat ungkapan " saya tak kesah" (e taring), yang bermaksud "saya tak ambil hati". tetapi saya tidak dapat mencari ejaan yang betul bagi "kesah" dalam kamus. Saya telah merujuk kepada entri "kisah" dan "kesah" tetapi kedua-dua entri tidak menunjukkan maksud berkenaan. Apakah ejaan sebenar bagi perkataan ini?Ejaan yang betul bagi bahasa percakapan tersebut ialah "saya tidak kisah" (tetapi disebut kesah). Walau bagaimanapun tidak ada data dalam sumber rujukan kami tentang ungkapan berkenaan.Tatabahasa01.09.2012
saya tak kesah kalau sekarang khidmat bahasa perlu dibayar tetapi kenapa perlu ambil masa lebih 2 3 hari untuk diluluskan lepas permohonan dibuat walhal masa khidmat ni tak berbayar, proses lebih cepat. adakah bayaran yang dikenakan untuk mendapat khidmat yang lebih lambat daripada sebelum ni? harap pihak DBP lebih produktif dan lebih munasabah. terima kasih.Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam Talian ialah  3 hari bekerja dan dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Pihak kami akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa-masa akan datang.  Lain-lain16.06.2017
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: Ada aku kisah atau Ada aku kesah? Lazimnya, kisah menjadi pilihan, namun apabila merujuk kepada makna di kamus, ianya tidak menunjukkan maksud peduli. Mohon pencerahan mengenai hal ini. Terima kasih!Mengikut Kamus Perdana Dewan, perkataan "kisah" bermaksud cerita atau ha tentang sesuatu; peduli. Manakala perkataan "kesah" bermaksud menyatakan rasa dukacita atau sedih dengan kata-kata kerana sesuatu kesusahan, kesakitan dan sebagainya; mengeluh. Berdasarkan keterangan tersebut, frasa yang betul ialah "Ada aku kisah".Makna15.06.2020
Adakah pihak DBP menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja dalam Bahasa Inggeris? Saya telah siap menulis sebuah novel kanak-kanak bertajuk "The Machindra Gang", iaitu kesah pengembaraan tiga sahabat baik (Mahir, Chin Han & Chandra) dengan guru mereka yang dengan tidak sengaja telah kembalik ke zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bersama-sama ini saya serta sinopsis novel tersebut. Jika DBP berminat menerbitkan novel ini, saya akan hantar manuskripnya dalam bentuk cakera padat. Terima kasih. Wassalam.

Dewan Bahasa dan Pustaka lebih mengutamakan penerbitan karya dalam bahasa Melayu, tetapi ada juga menerbitkan karya bahasa asing, seperti Inggeris, Cina dan lain-lain.  Sekiranya saudara berminat untuk menghantar karya ke Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah alamatkan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.

Saudara juga boleh menghantarnya dalam bentuk digital dan mengalamatkan kepada Puan Zalila Sharif, Ketua PURNAMA di alamat emel zalila@dbp.gov.my

Lain-lain14.05.2010
perbezaan " mengerang,merintih, mengeluh" ?Untuk makluman, di bawah merupakan maksud bagi ketiga-tiga makna perkataan tersebut dan perbezaan dan persamaannya boleh dilihat berdasarkan maksud yang diberikan.

Mengerang:
1. Mengeluh kerana kesakitan dan lain-lain lagi
2. Mengeluh atau merintih kerana menderita kesusahan dan lain-lain.

Merintih:
1. Mengerang (kerana kesakitan dan lain-lain), mengaduh, mengeluh
2. Melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah 
3. Sedih, pilu (suara)

Mengeluh:
1. Melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dan sebagainya), berkeluh-kesah, merintih
Makna28.06.2016
Tukar lirik lagu dialek kedah kepada Bahasa Melayu standard Mai Chek Mai Kita Kedah Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Naik Kapai Terbang Turun Kepala Batas Makan Tok Sah Bimbang Kami Banyak Beras Ikut Lebuhraya Teruih ke Kayu Hitam Jaga Chek Ooii JAga Kereta Meneru Neran Kreta Meneru Nerannn … Uuummmmmm Lekasla Mai Kedah Singgahlah Ke Pekan Rabu Minum Nira Nipah, Makan Emping Kerabu Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Maju Tak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Tengok Sana Sini Pembagunan Serata Negeri Ada Mesin Padi Ada Kilang Besi Melawak Orang Kedah Jangan Cepat Terasa Tok Sah Dok Kesah Bekawan Cepat Mesegha Bekawan Cepat Meseghaaa Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah… Kot Lah Rasanya Penat Jom Pi Ke Langkawi Langgah Ayaq Gamat, Minumlah Ayaq Tongkat Ali Langgah Ayaq Gamat, Muka Naik Seriii Kedah Sudah La Muju Dak Lagi Macam Lah Dulu Rumah Serba Baru, Kenduri Ada Selalu Mai Chek Ooii Mai Chek Mai Kita Ke Negeri Kedah Mai Ooii Bagi Ramai Jamu Nasi Kawah…Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum.

Saudara bole merujuk buku untuk rujukan yang telah diterbitkan, iaitu Glosari Dialek Terengganu dan juga Glosari Dialek Kedah. Selain itu, buku-buku yang ditulis oleh sarjana tempatan seperti Asmah Hj Omar, Zaharani, dan Norhashimah, juga boleh dijadikan rujukan untuk alih bahasa tersebut serta menggunakan prpm.dbp.gov.my.
Tatabahasa20.07.2013

Kembali ke atas