Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.la.han] | کسالهن

Definisi : 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. di­persalahkan, dianggap salah, mendapat salah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.la.han] | کسالهن

Definisi : 1 perbuatan yg salah; apa-apa yg salah: ~nya yg besar adalah menerima rasuah drpd tauke itu. 2 keadaan atau hal salah: ~ membuang sampah di merata-rata tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesalahan

Peribahasa

Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga.

Bermaksud :

Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ejaan yang betul adalah Kesalahan-kesalahan ATAU Kesalahan-Kesalahan Konteks: Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Mohon jelaskan mengapa K perlu huruf kecil atau besar.
Ejaan kata ganda dalam contoh ayat “Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995”, jika ayat tajuk perkataan pertama kata ganda ditulis dengan huruf besar dan perkataan kedua ditulis dengan huruf kecil iaitu “Kesalahan-kesalahan” kerana kata ganda dianggap sebagai satu perkataan. Walau bagaimanapun, jika ayat “Enakmen Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995” merupakan kata nama khas dan merupakan bahagian daripada teks undang-undang yang utuh dan maka ejaan kata ganda “Kesalahan-Kesalahan” tersebut perlu dikekalkan sebagaimana teks asal.

Ejaan23.05.2022
Saya ingin meminta pertolongan untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat "Ali langsung tidak berniat untuk menghebahkan kepayahan hidupnya kepada orang lain". Terima kasih.Ayat yang diberikan tidak mempunyai kesalahanTatabahasa21.02.2022
Saya ingin meminta pertolongan untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat "Ali langsung tidak berniat untuk menghebahkan kepayahan hidupnya kepada orang lain". Terima kasih.Cadangan penggunaan ayat yang betul ialah "Ali tidak berniat untuk menghebahkan kepayahan hidupnya kepada orang lain".Tatabahasa02.03.2022
Saya ingin pertolongan anda untuk mencari kesalahan-kesalahan-kesalahan yang terdapat di ayat tersebut : 1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 3.Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 4. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam,akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk Akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.Ayat yang telah dibetulkan adalah seperti yang berikut:
1.Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.
2.Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut amat mengutamakan kualiti.
3.Pemilik kilang yang masih berdegil dan membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitamkan supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
4. Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di mahkamah.
5.Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan  keselamatan diri mereka sendiri.
6.Pada masa ini,bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
7.Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua kumpulan bola sepak dari luar negara.
Tatabahasa06.10.2014
Kesalahan huruf besar adakah kesalahan bahasa @ kesalahan ejaanTuan/puan,

Kesalahan penggunaan tulisan besar dan kecil dianggap sebagai satu kesalahan bahasa dan sekiranya dikategorikan jenis kesalahan, dimasukkan dalam kesalahan ejaan.
Lain-lain13.03.2018
keluarkan kesalahan-kesalahan bahasa melayu di dalam iklan.Ciri bahasa Melayu dalam iklan ialah penggunaan Bahasa Melayu yang betul dari aspek tatabahasa dan ejaannya, tulisan bahasa Melayu yg menurut tulisan rumi atau khat jawi yg diperakukan, istilah atau ungkapan yg tepat bagi jenis aktiviti, bahasa melayu yg indah, canggih dan kretif, dan bahasa melayu diutamakan dari segi pemameran (sekiranya dipamerkan bersama-sama dengan apa-apa bahasa lain). Semua iklan yg tidak mematuhi syarat-syarat ini dikategorikan sebagai menyalahi garis panduan iklan. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, DBP.Lain-lain14.11.2006
mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT.Tatabahasa05.07.2012
Salam, Manakah lebih gramatis: Nota: Huruf besar untuk penekanan sahaja. (1a) "... DI DALAM ayat tersebut ..." ATAU "... DALAM ayat tersebut ..." (1b) "... DI DALAM minda kita ..." ATAU "... DALAM minda kita ..." (2) " ... implikasi yang menakutkan IALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ....", ATAU " ... implikasi yang menakutkan ADALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...." Mohon sedikit penjelasan. Terima kasih

a)    Penggunaan kata sendi nama “di dalam” - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama  yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama “dalam” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Jawapannya "dalam ayat" dan "dalam minda kita".

 

b)    Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata "bahawa"  ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha. Jawapannya: " ... implikasi yang menakutkan adalah dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...."

Tatabahasa26.07.2020
Soalan Pertama:Dedah pembelian secara terperinci PAC puas hati penjelasan isu harga vaksin COVID-19 Adakah kesalahan-kesalahan tersebut? Soalan kedua:Pengerusinya,Wong Kah Woh,berkata taklimat berkenaan selari dengan hasrat PAC dalam memastikan perbelanjaan kerajaan kebanar-benar telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya. Mengapakah ayat di sini mengunakan perkataan 'berkenaan' bukannya berkenan?Adakah perbelanjaan ada kesalahan atau ada kesalahan lain? Soalan ketiga:Bilakah menggunakan 'Bagaimanapun dan Walau bagaimanapun'' Soalan keempat:PAC komited membantu memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. Saya nak tanya bolehkah menggunakan dua kali imbuhan ''mem'' dalam satu ayat ?Contoh:membantu memberikan .Hal ini ialah betul atau salah? Soalan kelima:Setiap syarikat atau semua syarikat? Soalan keenam:Di kawasan rendah (untuk sentiasa )berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa. ''Untuk sentiasa''betul atau salah.Saya ada kekeliruan dalam ayat ini kerana ayat ini adalah ''untuk sentiasa dan diarahkan''sepatutnya diarahkan bukan ke belakang mampu tambah''oleh'' ya?Minta Puan/Tuan boleh memberikan penerangan.Terima kasih.

1. Ayat tidak lengkap. Penggunaan bahasa dalam media perlu dilihat dengan berhati-hati kerana berlaku pemendekan ayat dengan menggugurkan imbuhan dan membuang kata sendi nama. PAC berpuas hati dengan penjelasan pihak kementerian tentang isu harga vaksin COVID-19. 2. Lihat maksud perkataan berkenaan dan berkenan. Penggunaan kata berkenaan dalam konteks ayat tersebut, betul. 3. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti, sama ada bagaimanapun atau walau bagaimanapun. 4. PAC komited membantu kerajaan memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan. 5. Kedua-duanya betul. 6. Penduduk di kawasan rendah hendaklah sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta bersedia berpindah ke PPS dengan segera jika diarahkan pihak berkuasa.


Tatabahasa14.01.2021
Menyabitkan kesalahan, mensabitkan kesalahan ataupun sabit kesalahan? Ataupun, mensabitkan tertuduh?Jawapan yang sesuai ialah Mensabitkan kesalahan.Makna26.05.2019
12345678910...

Kembali ke atas