Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.li.ngan] | کساليڠن

Definisi : perihal (keadaan, sifat dsb) ber-balas-balas antara dua pihak: kebersamaan dan ~ ini sentiasa merupakan wajah fungsio-nalisme dlm kehidupan manusia dan jalinan perwatakan suatu karya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.li.ngan] | کساليڠن

Definisi : perihal atau keadaan berbalas-balas antara dua pihak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesalingan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera pihak DBP. Saya ingin memohon pertolongan pihak DBP untuk mengenal pasti ayat yang mana satu betul dan tidak mempunyai sebarang kesalahan tatabahasa. Ayat Pertama: Pengetahuan ini penting untuk memupuk semangat persefahaman dan kesalingan serta sikap hormat-menghormati di kalangan rakyat pelbagai agama, ras dan budaya. Ayat Kedua: Pengetahuan ini penting untuk memupuk semangat persefahaman dan kesalingan serta sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai agama, ras dan budaya. Jasa baik pihak DBP didahului dengan ucapan terima kasih daun keladi. Sekian, wassalam.Ayat yang betul ialah Pengetahuan ini penting untuk memupuk persefahaman dan hormat-menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai agama, ras dan budaya.Tatabahasa16.01.2012
selamat malam, saya ingin mendapatkan maklumat mengenai maksud perkataan simbiotik, hedonisme dan mutualirisme. saya berharap pihak DBP dapat membantu. sekian, terima kasihMerujuk Kamus Dewan Edisi Empat, 1. simbiotik ialah (bkn hubungan erat) saling ber­gantung pd satu sama lain demi faedah dan kebaikan bersama: jelas sekali wujudnya hubungan ~ antara kegiatan pertanian dgn perindustrian di Malaysia. 2. Hedonisme ialah (hédonisme) pegangan atau pan­dang­an hidup yg mementingkan kese­ronokan atau kesenangan hidup. 3. Tiada kata mutualirisme yang terakam yang sumber rujukan kami, hanya kata mutualisme mengikut bidang geologi bermaksud kekesalingan dan mutualism mengikut bidang biologi bermaksud (kesalingan) satu bentuk simbiosis apabila kedua-dua pihak mendapat keuntungan tanpa menyebabkan kecederaan kepada mana-mana pihak.Makna08.10.2010

Kembali ke atas