Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sam.pai.an] | کسمڤاين

Definisi : 1. ketibaan, tibanya, sampai­nya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sam.pai.an] | کسمڤاين

Definisi : 1 hal tibanya (sampainya) sesuatu atau seseorang; ketibaan: ~ kami tidak disambut oleh sesiapa. 2 tercapai atau terlaksana apa-apa yg dimaksudkan dll: Janji-janjinya tidak pernah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesampaian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accessibility indexindeks kesampaianPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaUkuran yang menunjukkan tahap kesampaian ke sesebuah kawasan.
accessibilitykesampaianPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKeadaan atau persekitaran yang menunjukkan mudah dihubungi.
economic accesskesampaian ekonomiGeografiTiadaTiada
centrality indexindeks pemusatanSosiologiTiadaPenumpuan berdasarkan satu pengukuran fungsi, saiz, perkhidmatan, dan kesampaian sesuatu pusat berbanding dengan pusat-pusat lain dalam sesebuah kawasan.
centrality indexindeks pemusatanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPenumpuan berdasarkan satu pengukuran fungsi, saiz, perkhidmatan, dan kesampaian sesuatu pusat berbanding dengan pusat-pusat lain dalam sesebuah kawasan.
utopia planningperancangan utopiaSosiologiTiadaSatu harapan yang unggul tentang penghidupan bandar yang seragam dan segaya dalam taburan penduduk yang sekata, kesampaian ke luar bandar dan gabungan pekerjaan bandar dan pertanian.
utopia planningperancangan utopiaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaSatu harapan yang unggul tentang penghidupan bandar yang seragam dan segaya dalam taburan penduduk yang sekata, kesampaian ke luar bandar dan gabungan pekerja- an bandar dan pertanian.
prediction/ forecastramalanKesusasteraanTiadaJalan cerita atau perwatakan yang dapat dijangkakan oleh pembaca. Contohnya, sesuatu cerita boleh diramalkan sekiranya jalan ceritanya biasa atau lumrah bagi pembaca. Contohnya, dalam kebanyakan cereka Melayu, lelaki berumur yang berjawatan tinggi sering digambarkan sebagai seorang yang suka berpoligami. Kadang-kadang, bayangan depan sangat ketara sehingga pembaca dapat meneka perkara yang akan berlaku seterusnya. Unsur suspens yang ingin diwujudkan oleh pencerita tidak kesampaian. Dari segi perwatakan watak stereotaip seperti emak tiri (ibu garang yang selalu mendera anak tiri) dan nenek kebayan adalah beberapa potret yang dapat diramalkan oleh pembaca sehingga tiada lagi kejutan yang dapat dilakukan penulis. Contohnya, dalam novel berjudul Mereka yang Tertewas oleh Hasanudin Md. Isa. Novel ini mengisahkan watak Lebai Pa yang distereotaipkan sebagai seorang alim dan kuat agama yang ingin menyedarkan masyarakat sekelilingnya untuk kembali ke jalan Allah SWT.
center of consciousnesspusat kesedaranKesusasteraanTiadaCiri narator orang ketiga yang menceritakan sesuatu kisah. Pembaca dapat membaca minda, sama ada satu atau semua watak dalam cerita, tetapi ada satu narator yang bukan si penulis yang menceritakan kisah. Dari sudut pandangan orang ketiga, segala kejadian dan kisah terperinci disaring. Usaha menginterpretasikan segala yang berlaku dilakukan melebihi watak lain. Penulis Barat, Henry James menyebut narator ini sebagai reflektor, bertujuan untuk memberi suatu visi bagi fiksyen tersebut. Contohnya, protagonis dalam karya Dan Jacabson ialah Michael Lewin, tetapi kisahnya diceritakan melalui satu narator yang melihat, dan memaklumkan kepada pembaca segala perancangan Lewin. Daripada narator ini, pembaca dapat mengandaikan bahawa rancangan Lewin akhirnya tidak kesampaian.

Kembali ke atas