Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.san.tu.nan] | کسنتونن

Definisi : perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
santun (adjektif)
1. Bersinonim dengan sopan: beradab, halus, berbudi pekerti, tahu adat, tertib, baik perangai, baik akhlak, simbai, adib, manis, baik laku, berbudi bahasa, alap, susila, lembut, baik, elok, takzim, bagus,
Berantonim dengan kasar

2. Bersinonim dengan berbelas kasihan: murah hati, suka menolong, bersimpati, bertimbang rasa, welas, sayang,
Berantonim dengan kejam

Kata Terbitan : menyantuni, kesantunan, penyantun,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah pihak tuan membantu saya dalam memberi difinisi berkaitan dengan perkataan "kesantunan"?selain daripada kesantunan bahasa apalagi dalam budaya,tradisi,adat resam bangsa malaysia yang menggambarkan "kesantunan"?Kesantunan bermaksud perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti), baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan. Oleh itu, konsep kesantunan ini luas dan ada dalam pelbagai aspek kemasyarakatan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Bicara Bahasa Kesantunan Berbahasa Asas Keperibadian Mulia, terbitan DBP Wilayah Timur, 2007 dan Panduan utamakanlah kesantunan berbahasa, terbitan DBP, 1992.Tatabahasa22.02.2010
bincangkan konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat melayu.Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu, sila rujuk bahan berikut : 1. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Asmah Haji Omar. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007; 2. Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa oleh Amat Juhari Moain Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1992 ; 3.Budi Bahasa dan Kesantunan Berbahasa oleh Azizah Ahmad Dewan Bahasa 01/07/2005 ; 4. Manifestasi Kesantunan Berbahasa oleh Khoo Thong Eng Pelita Bahasa 01/11/1994; 5. Prinsip Kesantunan Bahasa oleh Ma'aroff Abdul Rahman Dewan Bahasa 01/07/2005;  6.Kesantunan Berbahasa oleh Jumaat Mohd Noor Pelita Bahasa 01/10/1989; 7. Kesantunan Berbahasa oleh Indirawati Zahid Dewan Bahasa 01/03/2005; 8. Budaya Bahasa Melayu dan Kesantunan Berbahasa oleh Ami Masra Utusan Zaman 27/11/1994; 9. Kesantunan Bahasa Diabaioleh  Dr Nik Safiah Karim - Berita Harian 17/08/2006; 10. Penggunaan Kata Panggilan: Kesantunan Berbahasa oleh Abdullah Hassan Watan 29/08/1996.Lain-lain15.06.2008
saya telah beberapa kali mencari perkataan KESANTUNAN BAHASA dalam carian kata.apakah yang dimaksudkan dengan KESANTUNAN BAHASA?Kesantunan bahasa bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang santun, bersopan dan halus serta sesuai dengan peringkat sasaran penerimanya. Kesantunan ini dilihat dari segi pemilihan kata (diksi) yang menunjukkan aspek berbudi bahasa dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang bahasa, sapaan yang tepat kepada sasaran, nada suara yang lembut sesuai dengan situasi, menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan aspek-aspek lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang baik. Aspek kesantunan termasuk dalam penulisan dan pertuturan.Makna09.01.2008
saya telah membeli buku kesantunan bahasa karangan prof dr awang sariyan namun tidak dinyatakan secara khusus ciri-ciri kesantunan bahasa. harap dpt membantu dgn memberikan secara ringkas ciri-ciri kesantunan bahasa tersebut.Ciri-ciri kesantunan bahasa banyak, contohnya dari segi nada suara misalnya mestilah tenang, lembut, jelas, tidak nyaring, tidak sinis, tidak marah, mengawal perasaan, tidak mengada-ngada, tidak biadab dll. Sdr bolehlah merujuk buku-buku berkenaan kesantunan berbahasa yang ditulis oleh penulis lain selain daripada Dr Awang.Tatabahasa08.08.2007
Berikan jenis-jenis kesantunan secara luas dan juga definisi kesantunan secara am.

Assalamualaikum Encik Saipudin,

Kesantunan ialah perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya;

Dalam kalangan orang Melayu, kesantunan dapat dilihat melalui pelbagai perkara. Malahan sejak kita kecil lagi kita telah diajar bagaimana untuk bersopan santun apabila bercakap dengan orang yang lebiah tua, bagaimana hendak membahasakan diri dan juga bagaimana hendak menegur sapa mengikut peringkat umur seseorang.

Encik juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui laman web dan juga buku-buku yang banyak dijual di kedai-kedai buku.

Makna19.02.2010
Betulkah penggunaan dari segi dalam ayat berikut. Kesantunan verbal bermaksud kesantunan dari segi lisan. Tolong jelaskan.Penggunaan dari segi dalam ayat berikut adalah betul. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu.Tatabahasa02.10.2019
Kesantunan berbahasa S.Nathesan Pelita Bahasa 01/04/1991 Prinsip kesantunan bahasa Ma'aroff Abdul Rahman Dewan Bahasa 01/07/2005 Budi bahasa dan kesantunan berbahasa Azizah Ahmad Dewan Bahasa 01/07/2005 adakah artikel ini terdpt dlm laman web dbp?tqSdr bolehlah merujuk dengan bahagian Majalah DBP.Lain-lain08.08.2007
apakah fungsi kesantunan bahasa pada zaman ke arah kemajuan?Kesantunan bahasa penting supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kesantunan mempunyai sistem sapaan dan panggilan tersendiri melibatkan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Penggunaan kosa kata dan ganti nama sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.Lain-lain06.09.2006
1) Apakah maksud kesantunan berbahasa, ciri-cirinya serta penggunaannya dalam masyarakat? 2) Contoh-contoh kesantunan bahasa yang diamalkan dalam masyarakat. 3) Senarai rujukan buku atau artikel untuk kesantunan berbahasa.Santun Berbahasa, secara umumnya merujuk penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab, menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Sdr bolehlah merujuk buku yang berkaitan, cuba layari Kawat melalui Laman DBP.Makna08.08.2007
saya nak tahu lebih lanjut tentang 'kesantunan bahasa'. definisinya,ciri-cirinya dan sebagainya.haraf saya dapat maklumat ini.sekian, terima kasih.Kesantunan berbahasa bermaksud perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan dalamberbahasa baik secara lisan ataupun tulisan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Kesantunan Berbahasa (Awang Sariyan), terbitan DBP.Lain-lain25.08.2009
12345

Kembali ke atas