Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sat] | کست

Definisi : 1. tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap): kulitnya yg halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dlm panas; 2. ark tidak lembik (bkn tubuh), keras: tubuhnya ~; 3. yg menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (bkn kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan): kata-kata ~ yg dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya; ~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur prb orang yg miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yg bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya; ~-~ daun pimping prb perihal orang yg lazimnya lemah tetapi pd masa-masa yg tertentu berlaku keras juga; bertunggal ditarah ~ diempelas prb, Mn sudah diselesai­kan dgn sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan); mengesat 1. menyapu-nyapu atau meng­gosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); pengesat; ~ kaki sesuatu yg dibuat drpd sabut (getah dll) tempat mengesat kaki; ~ tangan kain (sapu tangan, kertas, dll) utk mengesat tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sat] | کست

Definisi : 1 tidak licin; kasar apabila diraba: Kulit ikan pari ~ tetapi kulit ikan sembilang licin. 2 menyakiti hati (bkn kata-kata atau ucapan); kasar (perkataan): Dia mengeluarkan kata-kata yg ~ kpd kami. mengesat menggosok atau menyapu supaya kering (bersih drpd habuk dll): Dia ~ peluh di dahinya. mengesatkan menggunakan sesuatu (kain, kertas tisu dsb) utk mengesat: Kakak ~ kain buruk pd kaki kerusi itu. pengesat sesuatu yg digunakan utk mengesat: ~ tangan; ~ kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesat (adjektif)
1. Bersinonim dengan kasap: kasar, seregai, menggerutu, berkerut-kerut, bergerapu,

2. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kasar, keras, pedas, tajam,

Kata Terbitan : mengesat, pengesat,

Puisi
 

Kain buruk tepi perigi,
     Budak-budak kesat belanga;
Hari ni saya pergi,
     Tunggu tuan di taman bunga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kesat daun pimping.

Bermaksud :

Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya. pimping = sebangsa gelagah yang batangnya tiada berongga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila rujuk lampiran. Tq.Untuk makluman, kesesuaian perkataan kasar dan kesat digunakan berdasarkan maksud konteks ayat yang hendak disampaikan. Jika perkataan kesat dan kasar membawa maksud tidak halus atau tidak licin, kedua-duanya boleh digunakan bersilih ganti. Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau Permukaan jalan raya yang kesat. Contoh lain: Kulitnya kesat atau Kulitnya kasar. Walau bagaimanapun, jika membawa maksud yang berbeza, tidak boleh digunakan. Contoh: Jahitan tangannya kasar. Perkataan kasar dalam ayat tersebut tidak boleh digantikan dengan perkataan kesat.Tatabahasa28.03.2019
1) Antara perkataan sabung-menyabung dan sambar-menyambar, yang mana satu penggunaannya paling sesuai dalam ayat berikut. - Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung/sambar-menyambar. 2) Adakah penggunaan kesat dalam ayat berikut betul? - Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. - Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. - Saya kurang puas kerana meja yang baru dibeli ini kesat.1) Hari itu hujan turun dengan lebat dan kilat sabung-menyabung.

2) Kaki Zaki kesat kerana terkena lumpur di paya itu. (Tidak sesuai)
     Tolong kesat meja yang berhabuk itu dengan segera. (Betul)
     Saya kurang berpuas hati kerana meja yang baru dibeli ini kesat. (Betul)
Tatabahasa18.03.2013
Bolehkah tuan/puan berikan contoh-contoh benda, keadaan, dll. untuk membezakan penggunaan kata adjektif kasar dan kesat? Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau kesat? Dalam situasi-situasi apakah kata adjektif kasar dan kesat sesuai digunakan? Terima kasih.Sila rujuk pada lampiranMakna19.03.2019
Tiada lampiran dalam e-mel pihak tuan/puan. Tq.

Untuk makluman, kesesuaian perkataan kasar dan kesat digunakan berdasarkan maksud konteks ayat yang hendak disampaikan. Jika perkataan kesat dan kasar membawa maksud tidak halus atau tidak licin, kedua-duanya boleh digunakan bersilih ganti. Contoh: Permukaan jalan raya yang kasar atau Permukaan jalan raya yang kesat. Contoh lain: Kulitnya kesat atau Kulitnya kasar. Walau bagaimanapun, jika membawa maksud yang berbeza, tidak boleh digunakan. Contoh: Jahitan tangannya kasar. Perkataan kasar dalam ayat tersebut tidak boleh digantikan dengan perkataan kesat.

Tatabahasa28.03.2019
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
Swab taken from bottle diterjemahkan kepada kesatan daripada botol. Adakah penggunaan perkataan kesatan tersebut betul?Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi swab ialah kapas kesat yang digunakan dalam bidang perubatan.
Pada padangan kami, ayat yang betul ialah kapas kesat yang diambil daripada botol sekiranya bersesuaian dengan konteks.
Penyemakan dan penterjemahan09.01.2018
Salam, saya sedang mencari terjemahan yang sesuai untuk istilah invasive species. Entri mengenai istilah invasive sendiri dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan terhad kepada makna invasive sebagai kata-kata kesat. Terima kasih.Dalam ungkapan umum invasive diterjemahkan kepada kata-kata kesat, dan dalam bidang perubatan dan farmasi, invasive diterjemahkan dan disesuaikan ejaan menjadi invasif. Jika penggunaan yang berkaitan dengan konteks perubatan dan farmasi, invasive species boleh diterjemahkan kepada spesies invasif boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=invasive.Penyemakan dan penterjemahan14.03.2016
MAKSUD TERPERINCI BAHASA KESAT,PUNCA PENGGUNAANNYA DAN KESAN YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAANNYA TERUTAMA KEPADA PELAJAR.TERIMA KASIHmar-7886, Jika sdr. perlukan jawapan secara terperinci sila dapatkan buku yang pelbagai tajuk yang membincangkan perkara ini. namun secara ringkasnya punca daripada pertanyaan saudara ialah kurangnya pengetahuan tentang kesantunan berbahasa dalam kalangan remaja sekarang. Kesannya tentulah memperlihatkan keidaksantunannya remaja dalam setiap tingkah laku yang dilakukan.Makna31.07.2007
1.Jelaskan maksud antara menyakiti dan menyakitkan 2.Dia menyakiti/menyakitkan hati saya kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya.Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa04.01.2018
12

Kembali ke atas