Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sa.tuan] | کساتوان

Definisi : 1. keadaan yg satu (tunggal), keesaan: ~ Allah; 2. keadaan yg satu (sama): manusia sangat sukar memelihara kesamaan atau ~ linguistik atau “linguistic unity” itu; 3. = ~ sekerja pertubuhan atau persatuan pekerja-pekerja (utk menjaga kepentingan mereka): K~ Pekerja-Pekerja Syarikat Bas; 4. Id satuan, unit; 5. Id satu kumpulan (orang, perkakas, dll) yg merupakan badan dll yg tersendiri, unit: ~ tentera payung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sa.tuan] | کساتوان

Definisi : 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDAI TERBUKA

Kedai terbuka ialah perniagaan yang menggaji

kedua-dua pekerja kesatuan dan bukan kesatuan.

Ia berlawanan dengan kedai tutup, yang hanya

menggaji ahli kesatuan.

UMUM 
KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja ialah organisasi pekerja

yang mencuba untuk memperbaiki gaji

ahlinya dan keadaan bekerja mereka. Mereka

melakukannya melalui perundingan dengan

wakil-wakil majikan dalam prosedur yang

dikenali sebagai perundingan kolektif. Kesatuan

juga memperjuangkan hal berkaitan dengan

kesihatan, piawaian keselamatan, dan latihan-

latihan kemahiran, di samping mencari faedah

lain kepada ahlinya seperti potongan harga

barangan dan memperuntukkan kemudahan

pusat jagaan bagi ibu-ibu bekerja. Penubuhan

kesatuan sekerja serta pengambilan ahli baharu,

sah di sisi undang-undang kebanyakan negara.

Walau bagaimanapun, di negara-negara

yang mengamalkan demokrasi, aktiviti yang

dijalankan, tertakluk kepada garis panduan yang

ditetapkan. Di beberapa buah negara seperti

Kesatuan Soviet, kesatuan sekerja bebas biasanya

tidak dibenarkan.

UMUM 
KESATUAN EROPAH

Kesatuan Eropah (EU) dahulunya dikenali

sebagai Komuniti Eropah (EC) merupakan satu

kumpulan negara Eropah yang terikat dalam

kesatuan ekonomi dan integrasi politik yang lebih

rapat. Kesatuan ini ditubuhkan pada 1 Januari 1993.

UMUM 
KESATUAN REPUBLIK SOSIALIS SOVIET (K.R.S.S.)

Kesatuan Republik Sosialis Soviet

(K.R.S.S.), juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet,

ialah negara Komunis pertama dan paling kuat di

dunia. Negara ini wujud dari tahun 1922 hingga

tahun 1991. Pada tahun 1991, Parti Komunis hilang

kuasa, dan Kesatuan Soviet berpecah menjadi

beberapa buah negara merdeka.

UMUM 
KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT

KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT, kesatuan guru yang berdaftar di bawah Pen­daftar Kesatuan Sekerja Malaysia. Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ditubuhkan pada tahun 1968 dan diluluskan pendaftarannya pada 1 Mei 1968.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
GABUNGAN KESATUAN PERDAGANGAN BEBAS ANTARABANGSA UMUM 
KESATUAN MYANMAR

Kesatuan Myanmar lihat Burma.

UMUM 
PERTUBUHAN KESATUAN AFRIKA

Pertubuhan Kesatuan Afrika (Organization of

African Unity (OAU) ialah persatuan negara-negara

Afrika. Ia berfungsi menggalakkan perpaduan di

kalangan penduduk Afrika dan memperteguhkan

hubungan budaya, ekonomi, tentera, saintifik, dan

sosial. Ia juga membantu negara-negara anggota

yang dilanda bencana alam. OAU dianggotai oleh 52

negara dan sebuah kerajaan dalam buangan (lihat

Jadual).

UMUM 
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN

KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SE­KOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Ke­satuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KESATUAN MELAYU SINGAPURAKESATUAN MELAYU SINGAPURA, sebuah badan yang memperjuangkan hak orang Melayu. Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada tahun 1926 dengan Mohd. Eunos Abdullah sebagai presiden yang pertama. Keanggotaan KMS terdiri daripada pegawai kerajaan, guru dan wartawan. Mereka ialah Embok Sooloh, Tengku Kadir, Abdul Samad Pagak, Daud Md. Shah, Manan Ali, Yusof Ishak, Ishak Haji Muhammad dan Abdul Hamid Jumat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas