Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESATUAN EROPAH

Kesatuan Eropah (EU) dahulunya dikenali

sebagai Komuniti Eropah (EC) merupakan satu

kumpulan negara Eropah yang terikat dalam

kesatuan ekonomi dan integrasi politik yang lebih

rapat. Kesatuan ini ditubuhkan pada 1 Januari 1993.

UMUM 
KESATUAN MELAYU MELAKA

1.7pt; mso-ansi-language: MS">KESATUAN MELAYU MELAKA1.7pt; mso-ansi-language: MS">, persatuan politik nasionalisme Melayu yang ditubuhkan di Melaka pada tahun 1927. Pemimpinnya terdiri daripada guru sekolah Melayu dan pegawai rendah kerajaan. Salah seorang pemimpin aktif kesatuan ialah Haji Talib Karim, Ketua Menteri Melaka (1970-an). Guru merupakan tenaga pemimpin yang utama di Melaka, kerana di Melaka tidak terdapat golongan pembesar tradisional seperti negeri Melayu yang lain. Sistem feudalisme Melayu telah hilang di Melaka sejak penjajahan Portugis pada tahun 1511. Akibatnya, sistem feudalisme atau tradisional masyarakat Melayu yang bermula di Melaka pada abad ke-15 telah berkembang ke negeri lain yang muncul selepas kejatuhan empayar Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT

KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT, kesatuan guru yang berdaftar di bawah Pen­daftar Kesatuan Sekerja Malaysia. Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ditubuhkan pada tahun 1968 dan diluluskan pendaftarannya pada 1 Mei 1968.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
REPUBLIK ARAB BERSATU

Republik Arab Bersatu (U.A.R) ialah kesatuan

dua buah negara Timur Tengah yang merdeka,

iaitu Mesir dan Syria. Presiden Gamal Abdul

Nasser dari Mesir dan Presiden Shukri al-Kuwatly

dari Syria mengisytiharkan kesatuan ini pada 1

Februari 1958. Pemberontak Syria menamatkan

kesatuan ini pada 29 September 1961, dengan

menubuhkan kerajaan yang bebas bagi Syria.

Mesir terus menggunakan nama Republik Arab

Bersatu sehingga tahun 1971, apabila Mesir

menukar nama rasminya kepada Republik Arab

Mesir. Pada bulan April 1963, Mesir, Syria, dan Iraq

bersetuju membentuk Republik Arab Bersatu yang

baru. Tetapi, disebabkan perbezaan pendapat dan

politik di kalangan negara tersebut, perjanjian ini

tidak dapat dilaksanakan.

UMUM 
TBILISI

Tbilisi (pend. 1 140 000) ialah ibu negara Georgia.

Georgia ialah sebuah republik dalam Kesatuan

Soviet sehingga tahun 1991, apabila Georgia

mengisytiharkan kemerdekaannya. Pada akhir

tahun tersebut, Kesatuan Soviet telah runtuh.

Nama Tbilisi bererti musim bunga yang panas

dalam bahasa Georgia. Bandar ini dahulunya

dikenal sebagai Tiflis , namanya dalam bahasa

Rusia. Ia terletak di Sungai Kura di bahagian timur

Georgia (lihat Georgia [peta]). Sebahagian bandar

Tbilisi sudah moden dan sebahagian lagi kelihatan

seperti kota Timur purba. Hasil keluaran Tbilisi

meliputi bahan kapas, sakhlat, barangan kulit,

jentera, hasil logam, dan minyak. Tbilisi ialah

persimpangan rangkaian jalan raya dan landasan

kereta api.

UMUM 
PERTEMPURAN GETTYSBURG

Pertempuran Gettysburg, berlaku pada 1 Julai

hingga 3 Julai 1963 dan merupakan titik penentuan

dalam Perang Saudara Amerika (1861–1865). Jeneral

George G. Meade yang mengetuai tentera Utara

(Kesatuan) seramai 90 000 orang untuk menewaskan

Jeneral Robert E. Lee yang mengetuai tentera

Selatan (Gabungan) seramai 75 000 orang. Kedua-

dua pasukan bersenjata bertempur secara

kebetulan di sebuah bandar kecil, di Gettysburg,

Pennsylvania . Tembak-menembak berlaku apabila

briged gabungan menyerang pasukan berkuda

Kesatuan di bandar Gettysburg pada 1 Julai.

UMUM 
TASHKENT

Tashkent (pend. 1 986 000) ialah ibu negara

Uzbekistan , sebuah negara di Asia. Pada tahun

1991, sejurus sebelum Kesatuan Soviet dibubarkan,

Republik Uzbek telah mengisytiharkan

kemerdekaannya.

UMUM 
MINSK

Minsk (pen. 1 442 000) ialah ibu negara Belarus.

Pada tahun 1991, Minsk menjadi ibu pejabat

Komanwel Negara-negara Merdeka, iaitu sebuah

persekutuan negara-negara yang dahulunya

dikenali sebagai bekas republik Kesatuan Soviet.

Minsk terletak di tebing Sungai Svisloch. Untuk

lokasinya, lihat Belarus (peta).

UMUM 
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA

Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA)

mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian

ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang

terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu

perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua

anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan

Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas

Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam

perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995.

UMUM 
SAMARA

Samara (pend. 1 250 000) ialah pusat pembuatan

yang utama di Rusia dan pelabuhan Sungai Volga

(lihat Rusia [peta politik]). Sebuah telaga minyak yang

besar dan ladang gandum yang subur terletak

berhampiran Samara. Loji kuasa hidroelektrik

Samara meliputi sebuah empangan di Sungai Volga.

Keluaran pembuatannya termasuk kapal terbang,

makanan dan lokomotif. Samara ditukar namanya

kepada Kuybyshev pada tahun 1935, apabila Rusia

menjadi sebuah republik dalam Kesatuan Soviet. Ia

dinamakan semula sebagai Samara pada tahun 1991,

tidak lama sebelum Republik Soviet menjadi negara

merdeka.

UMUM 
12

Kembali ke atas