Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.da.pan] | کسدڤن

Definisi : perihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.da.pan] | کسدڤن

Definisi : hal atau keadaan sedap; rasa sedap; keenakan; kelazatan; kenyamanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedap (adjektif)
1. Bersinonim dengan enak: lemak, manis, lazat, nikmat, perisa, latif, gurih, legit,
Berantonim dengan hambar

2. Bersinonim dengan segar: seronok, selesa, nyaman, senang, nikmat, enak, indah, sihat, naim,

Kata Terbitan : menyedapkan, kesedapan, penyedap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ingin bertanya apakah perbezaan di antara "berdekatan" dan "berhampiran"? Adakah perbezaannya hanya terletak pada kesedapan ayat atau konteks kasual/formal sahaja? Adakah benar berdekatan adalah lebih formal berbanding berhampiran? Antara yang berikut, yang manakah lebih sesuai/lebih sedap didengar? "Kunjungi cawangan pusat jualan X berdekatan anda" atau "Kunjungi cawangan pusat jualan X berhampiran anda" Terima kasih :)Istilah berdekatan merujuk kepada berhampiran dengan. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud berdekatan ialah berhampiran dengan atau tidak berjauhan. Manakala berhampiran pula bermaksud tidak berapa jauh dari atau berdekatan. Maka kedua-dua istilah merupakan sinonim dan boleh digunakan mengikut kesesuaian ayat.Makna28.12.2016

Kembali ke atas