Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.im.ba.ngan] | کسأيمبڠن

Definisi : keadaan seimbang: ~ ekonomi antara kaum di negeri ini sangat mustahak; nyatalah bahawa sistem pendidikan di negara ini mesti merupakan sistem yg mempunyai ~ antara mata pelajaran sastera dan sains; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.im.ba.ngan] | کسأيمبڠن

Definisi : keadaan seimbang: Zakat ialah satu sistem yg bertujuan utk menjaga ~ hidup di kalangan masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dyanamic equilibriumkeseimbangan dinamikMekanikGunaanKeseimbangan khayali yang diwujudkan di atas kertas bagi jasad yang tidak berada dalam keadaan keseimbangan, iaitu jasad yang mengalami pecutan. Keseimbangan dinamik diperoleh dengan mengenakan vektor daya/ganding sifatekun bagi mengimbangi sistem daya sebenar yang bertindak pada jasad tersebut. Konsep keseimbangan dinamik diwujudkan bagi memudahkan analisis masalah yang melibatkan sistem daya tak terimbang. Melalui pendekatan ini, masalah bukan keseimbangan bloleh diselesaikan melalui gagasan analisis keseimbangan, Lihat juga prinsip d’Alenbert.
stability if equilibriumkestabilan keseimbanganMekanikGunaanKeadaan jasad yang berada dalam keseimbangan, dilihat dari segi sambutannya terhadap gangguan kecil yang dikenakan padanya (atau dari segi tenaga upaya yang berpadanan dengan kedudukan keseimbangan itu). Jasad yang berkeseimbangan digambarkan oleh ungkapan dV/dx =0, dengan V sebagai tenaga upaya dan x sebagai sesaran. Keseimbangan jasad mungkin bersifat stabil, tak stabil atau neutral. Tabiat keseimbangan itu ditentukan oleh julat nilai sebutan dV/dx. Lihat juga keseimbangan stabil, keseimbangan tak stabil, keseimbangan neutral.
equilibrium conditionkeadaan keseimbangan; syarat keseimbanganFizikTiadaTiada
equilibrium conditionkeadaan keseimbangan; syarat keseimbanganMatematikTiadaTiada
equilibrium conditionkeadaan keseimbangan; syarat keseimbanganPertanianTiadaTiada
equilibrium conditionkeadaan keseimbangan; syarat keseimbanganKejuruteraanTiadaTiada
equilibrium distributionagihan keseimbangan; taburan keseimbanganKejuruteraanTiadaTiada
neutral equilibriumkeseimbangan neutralMekanikGunaanKeseimbangan jasad yang berpadanan dengan keadaan tenaga upaya malar. Sesaran kecil yang dikenakan pada jasad yang berada dalam keseimbangan neutral tidak akan mengubah tenaga upayanya. Jasad itu akan terus kekal pada kedudukan teranjak dan tidak cenderung untuk kembali ke kedudukan asal mahupun untuk terus menyesar. Keadaan keseimbangan neutral wujud apabila terbitan daya upaya V terhadap sesaran x adalah sifar untuk semua darjah terbitan, iaitu dV/dx =0 dan dnV/dxn =0 untuk semua nilai n. Lihat juga keseimbangan stabil, keseimbangan tak stabil.
static equilibrium of shaftskeseimbangan statik aciMekanikGunaanKeadaan yang diperoleh apabila pusat jisim aci yang mempunyai jisim sipi berapa pada paksi aci. Aci yang memiliki ciri keseimbangan statik akan berada dalam keseimbangan jika disokong mengufuk dalam sebarang kedudukan aci itu. Keseimbangan statik diperlukan jika keseimbangan dinamik mahu dicapai. Lihat juga keseimbangan dinamik, pengimbangan.
stable equilibriumkeseimbangan stabilMekanikGunaanKeseimbangan jasad yang berpadanan dengan keadaan tenaga upaya minimum. Sasaran kecil yang dikenakan pada jasad itu akan menyebabka peningkatan tenaga upya dan jasad itu akan cenderung untuk kenmbali ke kedudukan asal. Keadaan keseimbangan stabil wujud jika dV/dx = 0 dan d2V/dx2>0, dengan V sebagai tenaga upaya dan x sabagai sesaran. Lihat juga keseimbangan neutral, keseimbangan tak stabil.
12345678910...

Kembali ke atas