Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.la.ma.tan] | کسلامتن

Definisi : perihal selamat, kesejah­teraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.la.ma.tan] | کسلامتن

Definisi : keadaan selamat; keamanan: Pasukan polis menjaga ~ dlm negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keselamatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
computer securitykeselamatan komputerTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSubbidang Sains Komputer yang menyentuh beberapa topik yang merangkumi keselamatan data dan maklumat, keselamatan atur cara dan perisian, dasar keselamatan, keselamatan perkakasan, dan keselamatan aset sistem komputer. Keselamatan komputer juga dikaitkan dengan beberapa aspek utama seperti yang berikut: a. Kerahsiaan untuk memastikan bahawa maklumat tidak dicapai oleh pengguna yang tidak sah. b. Integriti dalam memastikan bahawa maklumat asal tidak diubah oleh pengguna yang tidak sah, sehingga pengguna tidak menyedari perubahan yang berlaku. c. Pengesahan untuk memastikan identiti pengguna yang sah. d. Kawalan capaian dalam memastikan hanya pengguna yang sah boleh mencapai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. e. Tanpa sangkalan bagi memastikan penghantar mesej atau pengguna sistem tidak boleh menafikan perbuatan yang telah dilakukan. f. Kesediaan untuk memastikan bahasa sistem yang disediakan berfungsi dan beroperasi dengan baik. g. Hak persendirian dalam memastikan bahawa hak dan maklumat peribadi tidak dicabuli.
grillejerejak; bintik keselamatanPentadbiran PerniagaanTiadaBintik keselamatan: Tanda keselamatan berbentuk bintik-bintik.
open system securitykeselamatan sistem terbukaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenyediaan perkhidmatan, perisian, dan alat keselamatan untuk menjamin keselamatan sistem terbuka semasa penghantaran dan penghalaan data dalam rangkaian.
term rule base security policyDasar keselamatan berasaskan peraturanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerDasar keselamatan yang mengenakan syarat dan petua secara global kepada semua pengguna sistem maklumat. Dasar ini bergantung kepada perbandingan tahap kepekaan sumber yang ingin dicapai dan pemilikan aras keselamatan yang dimiliki oleh pengguna, kumpulan pengguna, atau pihak yang bertindak sebagai wakil pengguna.
communication security (COMSEC)keselamatan komunikasi (COMSEC)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerLangkah yang diambil untuk menghalang pengguna tidak sah daripada memperoleh maklumat yang berkaitan dengan keselamatan negara atau keselamatan organisasi daripada telekomunikasi yang sedia ada.
procedural securitykeselamatan bertatacaraTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeselamatan yang dikawal oleh pihak pengurusan dengan mengenakan kekangan dan kawalan sampingan kepada pengguna yang memerlukan capaian untuk memastikan aras perlindungan data terjamin.
wired equivalent privacy (WEP)kerahsiaan kesetaraan berwayar (WEP)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol keselamatan untuk peranti perhubungan tanpa wayar yang ditetapkan dalam piawaian Wi-Fi IEEE 802.1lb. Protokol ini direka bentuk untuk memberikan keupayaan keselamatan dan penyulitan paket rangkaian yang setara dengan keupayaan keselamatan dan penyulitan paket rangkaian yang setara dengan keupayaan keselamatan rangkaian berwarna biasa. Protokol ini menggunakan kekunci rahsia daripada 40 �bit hingga 128 �bit untuk menyulitkan paket data semasa penghantaran.
biometric securitykeselamatan biometrikTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah keselamatan yang menggunakan ciri pengimbasan biometrik sebagai asas pengesahan identiti pengguna.
IP securitykeselamatan IPTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Piawai yang digunakan untuk memastikan keselamatan IP melalui kaedah penyulitan dan penyahihan paket IP pada aras kedua model OSI. 2. Sekumpulan protokol untuk keselamatan aliran paket dan kaedah penukaran kekunci. Protokol muat beban keselamatan terkapsul (ESP) memastikan kerahsiaan dan integriti mesej, manakala protokol kepala pengesahan (AH) adalah untuk penyahihan. Protokol penukar- gantian kekunci (IKE) pula ialah protokol yang digunakan untuk memastikan kekunci bagi proses penyulitan ditukar dengan cara selamat.
security call backpanggil semula keselamatanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerMekanisme keselamatan untuk mengelakkan capaian terlarang dari luar dengan memastikan penyambungan sebenar dilakukan dari lokasi pengguna yang sah. Mekanisme ini memutuskan sambungan rangkaian pengguna ke pelayan dan menyambungkannya semula berdasarkan alamat IP atau nombor telefon pengguna yang berdaftar dan disahkan selamat. Mekanisme ini melarang sambungan dari lokasi yang tidak dikenali, walaupun kata laluan pengguna dicari.
12345678910...

Kembali ke atas