Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
abdomenabdomen1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
abdomenabdomen1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan.Menengah Rendah
fulkrumfulcrumKedudukan tetap dalam sistem tuas bagi menyokong keseluruhan struktur alat tersebut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Rendah
corak interferensinterference patternsCorak keseluruhan yang terbentuk apabila dua atau lebih gelombang saling bertindih atau superposisi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahMenengah Atas
pempasteuranpasteurizationProses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskannya dalam suhu yang tertentu bagi membunuh hampir keseluruhan bakteria dan diikuti oleh penyejukan dalam suhu yang tertentu. Contohnya, yogurt dan susu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas