Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sem.pa.tan] | کسمڤتن

Definisi : peluang utk, waktu yg terluang utk: Rejab mengambil ~ itu utk melarikan diri; hal ini tidak memberikan ~ kepadanya utk membalas; pd ~ lain , kerajaan Amerika menunjukkan kuasa kekerasan dan campur tangannya secara tentera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sem.pa.tan] | کسمڤتن

Definisi : waktu yg la­pang; peluang: Inilah ~ yg baik utk kita bersuka-suka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempat (adjektif)
Bersinonim dengan ada peluang, sampang, kober, masih ada masa;,
Kata Terbitan : menyempat, menyempatkan, kesempatan, berkesempatan,

Peribahasa

Gigi tanggal,
     rawan murah.

Bermaksud :

Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
permanent opportunistmengambil kesempatan tetapGeografiTiadaTiada
accommodation partypemberi kesempatanEkonomiTiadaTiada
accommodation partypemberi kesempatanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
ship of opportunitykapal kesempatanGeografiTiadaTiada
chancepeluangSejarahTiada1. Peluang: Kemungkinan, kesempatan atau kelapangan yang diperolehi oleh seseorang.
window of opportunityjendela peluangSains PolitikPolitik PerbandinganKesempatan atau ruang yang diperoleh secara tiba-tiba oleh seseorang untuk meningkatkan kedudukan atau mendapatkan keuntungan bagi dirinya. Peluang ini mengubah kedudukan seseorang daripada rakyat biasa menjadi seorang pemimpin yang dihormati. Contohnya, seseorang yang dilantik sebagai menteri atau perdana menteri akan memberi jendela peluang kepada ahli keluarganya untuk merebut sebanyak mungkin peluang perniagaan atau politik yang penting.
exploitation of market powereksploitasi kuasa pasaranEkonomiTiadaPengambilan kesempatan menggunakan kuasa pasaran untuk meninggikan untung dalam jangka pendek, seperti yang dilakukan oleh pemonopoli dengan cara menaikkan harga dan mengurangkan output, walaupun mungkin dalam jangka panjang akan mengalami kerugian.
gap opportunistoportunis ruangPerhutananPengurusan HutanPokok yang mengambil kesempatan tumbuh daripada ruang kosong yang terjadi akibat pokok mati atau tumbang. celah.
securities arbitragearbitraj sekuritiPentadbiran PerniagaanTiadaArbitraj dalam sekuriti untuk mengambil kesempatan daripada dispariti harga yang wujud antara mereka.
السابق واللاحقsābiq lāhiqAgama IslamHadithDua orang perawi yang mempunyai kesempatan meriwayatkan Ḥadīth daripada seorang guru, salah seorang daripadanya mati jauh lebih awal daripada yang keduanya.
123

Kembali ke atas