Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.mua.nya] | کسمواڽ

Definisi : sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesemuanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DR ROHANI atau Dr ROHANI di bahagian nama untuk penanda tangan surat.Jika ditulis dalam huruf besar kesemuanya bermakna kesemuanya huruf besar - DR. ROHANI dan jika ditulis dengan huruf kecil ejaan yang betul ialah Dr. Rohani.Ejaan23.03.2011
Salam dan terima kasih kerana membantu. Antara frasa yang berikut (sebagai terjemahan "not all of them"), yang manakah paling sesuai dan gramatis? 1) bukan kesemuanya; 2) tidak kesemuanya; 3) bukan semuanya; 4) tidak semuanya; 5) tidak semua daripada mereka; 6) bukan semua daripada mereka; 7) bukan kesemua mereka; 8) tidak kesemua mereka; 9) apa-apa cadangan lain.Terjemahan yang boleh digunakan ialah bukan semua daripada mereka.Penyemakan dan penterjemahan19.04.2019
Adakah perlu gelaran "Dr." ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD? Soalan 2: Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya? Terima kasih.Jika individu tersebut berkelulusan PhD, gelaran Dr. perlu ditulis sebelum namanya.
Jika nama ditulis sepenuhnya menggunakan huruf besar, ejaan DR. juga perlu ditulis menggunakan huruf besar.
Ejaan24.03.2017
Salam sejahtera tuan. Soalan saya :Adakah perlu gelaran "Dr." ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD? Soalan 2: Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya? Terima kasih.
Tidak ada perbezaan dalam penggunaan singkatan untuk gelaran doktor falsafah dan doktor perubatan. Kedua-duanya ditulis sebagai Dr. sebagai singkatan perkataan doktor. Contoh ejaan yang betul ialah   Dr. Tengku Ali.
Lain-lain07.04.2017
bagaimanakah membezakan kata sendi nama dengan kata hubung? kesemuanya hampir sama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubungpancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519.

Tatabahasa24.04.2019
Boleh saya tahu berapakah saiz korpus DBP? Berapa perkataan kesemuanya? Terima kasih
Sehingga tahun 2017, saiz korpus DBP mengandungi kira-kira 107 juta kata. Untuk maklumat lanjut, pertanyaan anda akan ditangani melalui saluran rasmi oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.
 
Lain-lain18.08.2017
Boleh tak tuan berikan penjelasan, yang manakah ayat berikut betul? atau kesemuanya betul? mengapa? 1. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. (2012 kata ayat ini betul) 2. Cita-cita saya ialah guru. (2011 kata ayat ini betul) 3. Cita-cita saya menjadi seorang doktor. (2016 kata ayat in betul) ketiga-tiga ayat ini telah dijumpai dalam khidmat nasihat DBP. Saya keliru, ayat manakah yang harus saya guna?

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.    1Cita-cita saya ialah guru.

2.    2. Cita-cita saya menjadi seorang doktor.

Ayat Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru, tidak betul kerana penggunaan kata pemberi ialah hadir di hadapan frasa nama. Dalam ayat tersebut kata pemberi ialah hadir di hadapan frasa kerja, iaitu menjadi seorang guru.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci,  sila rujuk buku Tatabahasa Dewan,  halaman 263 - 265.

Bagi ayat nombor satu (1), pihak kami ambil maklum. Penambahbaikan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. 
Tatabahasa21.01.2024
adakah nama gas seperti oksigen, karbon dioksida, argon nama khas?Ya, kesemuanya adalah nama khas.Lain-lain12.02.2007
Minta maaf tuan, jawapan yang tuan berikan tidak menjawab kemusykilan yang saya kemukakan keran soalan saya bertanyakan penggunaan huruf besar atau huruf kecil dalam pengggunaan "Dr." dalam surat rasmi. Harap tuan dapat meneliti soalan saya, iaitu "Adakah perlu gelaran 'Dr.' ditulis sebelum nama penuh individu tersebut (seperti dlm bahagian pengakuan surat rasmi) bagi yg berkelulusan PhD?" Soalan 2: "Jika nama penuh ditulis dengan huruf besar kesemuanya, adakah "DR."nya juga ikut huruf besar kesemuanya?". Terima kasih.
1.    Ya, gelaran Dr. perlu ditulis sebelum nama penuh individu yang berkelulusan Ijazah Doktor Kehormat (PhD) ataupun doktor perubatan. 2.    Jika ditulis dalam huruf besar kesemuanya, bermakna kesemuanya huruf besar - DR. AZMI dan jika ditulis dengan huruf kecil ejaan yang betul ialah Dr. Azmi.
Ejaan08.04.2017
Mohon cara penulisan yang betul bagi YBrs. Ts. Mahadhir bin Aziz jika ditulis dalam huruf besar kesemuanya. Terima kasih.Cara penulisan yang betul sekiranya huruf besar digunakan ialah  YBRS. TS. MAHADHIR BIN AZIZLain-lain01.09.2022
12345

Kembali ke atas