Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.seng.sa.ra.an] | کسڠساراءن

Definisi : perihal sengsara: ibu kan-dungku telah mati dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.seng.sa.ra.an] | کسڠساراءن

Definisi : keadaan sengsara; kesusahan hidup: Ramai yg hidup dlm ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengsara (adjektif, adv)
Bersinonim dengan susah payah, menderita, melarat, sangsai, sengsai, seksa;,
Kata Terbitan : menyengsarakan, kesengsaraan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Golongan berpendapatan rendah selalunya (berdaya) hidup dalam kesengsaraan. (b) Beribu-ribu rakyat Malaysia (terdedah) menyaksikan perbarisan pada Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. (c) Bulan (mengambang) pada hari ke-15 mengikut calendar Cina setiap bulan. (d) Setiap hari, ibu menggunakan (bulan) untuk menanak nasi. (e) Markah peperiksaannya telah (timbul) kerana dia rajin belajar. (f) Sampah-sarap (ditimbul) sebelum dibuang. (g) Sudahlah saya (terbilang) apa yang akan dilakukan oleh Kok Leong. (h) Hidup Man Chong sekeluarga (longgar) sejak kakaknya berkahwin dengan seorang jutawan. (i) Pembalakan yang (longgar) itu telah mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum.Makna27.10.2007
1.apakah wujud perkataan mehnah dan tribulasi dalam bahasa melayu,kerana saya tidak mendapati maksudnya didalam kamus dewan.terima kasih 2.Bagaimana nak mendapatkan perkataan2 berbunga2 untuk penulisan cerpen atau novel1. Perkataan mehnah dan tribulasi tiada terdapat dalam daftar Kamus Dewan. Perkataan mehnah adalah daripada perkataan bahasa Arab yang bermaksud ujian/bala/kesusahan. Perkataan tribulasi pula, dalam daftar Kamus Inggeris Melayu Dewan iaitu tribulation bermaksud kesengsaraan. 2. Bagi mendapatkan perkataan berbunga-bunga dalam penulisan cerpen dan novel, saudara perlulah banyak membaca dan membuat kajian. Antara buku/karya yang sdr. boleh baca (tentang gaya bahasa) ialah karya Anwar Ridhwan, Azmah Nordin, Arena Wati, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Azizi Haji Abdullah dan lain-lain.Lain-lain10.12.2007

Kembali ke atas