Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.nian] | کسنين

Definisi : perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seni-man yg tahu menikmati ~ alam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.nian] | کسنين

Definisi : segala sesuatu yg berkaitan dgn seni: ilmu ~ (seni) pengetahuan ttg seni secara umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seni2
Kata Terbitan : kesenian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud kesenian dan kebudayaanMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesenian ialah perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan), manakala kebudayaan ialah keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi), Untuk makna lebih lanjut, saudara boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.Makna16.01.2008
Bolehkan kita mengguna "indah" untuk menyifatkan kesenian karya-karya seseorang? Misalnya, kesenian karya-karya Usman Awang yang indah?Boleh digunakan perkataan "indah" bagi karya kerana ia bermaksud "elok" dan "bagus benar".Lain-lain05.03.2007
apakah ciri-ciri kesusasteraan melayu? bagaimanakah perkembangan kesenian melayu?Antara ciri sastera Melayu ialah sastera yang ditulis dalam bahasa Melayu, tentang dunia Melayu dan oleh pujangga Melayu. Saudara boleh merujuk buku yang ditulis oleh sarjana seperti Tan Sri Datuk Ismail Hussein, Prof. Mohd. Taib Othman, Prof. Muhammad Haji Salleh dan lain-lain tentang ciri -ciri tersebut. Kesenian Melayu tetap dipelihara dan mendapat tempat dalam masyarakat Malaysia. Kerajaan telah menubuhkan kementerian dan institusi untuk memelihara dan memartabatkan khazanah kesenian Melayu.Lain-lain28.04.2008
apakah perbezaan maksud seni dan kesenian?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1452-1453, seni - 1. karya (sajak, lukisan, muzik, dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan: kalau perut kosong, politik dan sastera, ilmu pengetahuan dan seni tidak akan menarik perhatian orang yang paling intelektual sekali pun; 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan, ukiran, dll) yang indah-indah; manakala kesenian pula bermaksud - perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan): kaulah seorang seniman yang tahu menikmati kesenian alam.Makna26.12.2006
Salam . kami ingin mendapatkan istilah yang bersesuaian bagi menggantikan nama bagi jawatan, PEGAWAI KEBUDAYAAN dan AHLI MUZIK. pihak kami ada mencadangkan perubahan nama iaitu, Karyawan Muzik untuk AHLI MUZIK dan Koordinator/ Penyelaras Kesenian untuk PEGAWAI KEBUDAYAAN. terima kasih atas perhatian dan tindakan pihak tuan.

Istilah Karyawan Muzik dan Koordinator/Penyelaras Kesenian tidak ada dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Dewan, karyawan bermaksud penghasil karya atau pencipta.  Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan dan kehalusan. Seni bermaksud 1. karya (sajak, lukisan, muzik,dll) yang dicipta dengan bakat(kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. 2. keboleh mencipta sesuatu (lukisan), ukiran , dll) yang indah-indah. Huraian yang diberikan diharap dapat membantu untuk menentukan sama ada nama jawatan yang diberikan bersesuaian atau tidak. 

Istilah18.02.2011
Salam tuan, saya Syed Putra daripada muzium Kesenian Islam Malaysia. Kami akan mengadakan pertandingan khat dalam bulan ini. Jadi kami ingin mendapatkan penjawian yang betul bagi ayat berikut: Gajah mati meninggalkan tulang, Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa Saya boleh dihubungi melalui syedputraiqmal@gmail.com atau syedputra@iamm.org.my. Terima kasih.Sila lihat lampiran.

Ejaan06.11.2017
di manakah boleh saya rujuk tentang kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian melayu?Selain di perpustakaan atau Pusat Dokumentasi DBP, hal-hal demikian boleh diperolehi melalui buku-buku terbitan DBP atau penerbit lain yang berada di pasaran. Sekian.Lain-lain12.02.2009
maksud teater dan jenis-jenisnya

1.   Teater adalah persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya.

2.   Antara jenis-jenis teater ialah opera, balet, pantomin, wayang kulit, arena dan pementasan.

Sekian dan salam.

Lain-lain28.03.2009
Apakah yang dimaksudkan dengan amatur ?Amatur bermaksud kegiatan sama ada sukan, kesenian, dan sebagainya yang dilakukan sebagai suatu kegemaran dan bukan untuk mencari wang.Makna11.03.2009
Antara yang berikut yang manakah betul? 1. Pertandingan seni kecantikan ayam serama 2. Pertandingan kesenian dan kecantikan ayam serama
Menurut data kami, frasa yang betul ialah "Pertandingan Kecantikan Ayam Serama"
Lain-lain09.08.2016
123456

Kembali ke atas